Saturday, December 26, 2015

Dikoyak Waktu

Aku tak pandai bercinta, aku tak indah bicara. 
Hanya manusia yang mengagumi mu walau takkan pernah memiliki. 
Aku ada didepan mata, aku tetap selalu ada. 
Aku manusia yang mencintakanmu dalam bisu, bersendiri aku. 
Dengan nafas ini ku aturkan langkah menuju dirimu.
Walau ku sedari rasa ini tak mungkin kau kan mengerti, selamanya ku dikoyak waktu. 

Thursday, December 24, 2015

Simbolik

Cut my hair short, almost bald to be precise. You can see the shape of my head. Clearly. Bulat macam telur penyu.

Why? Suatu jenis simbolik I guess.

Simbolik atau metafora abstrak di mana perkara yang aku sayang haruslah dilepaskan namun hati teguh berasa yakin akan kepulangannya di masa akan datang. Those who really know me will understand how much I love my hair. Pi gunting pun cerewet mintak itu ini sampaikan sejam baru habis gunting. But still, it'll grow back. Botak sekarang, panjang lagi dua tiga bulan kot lulz.

Just like you, leaving me astray in this present time. But you'll come back. In shaa Allah.

Or maybe suatu jenis simbolik rebel anak muda yang penuh rasa amarah terhadap keadaan sekeliling. Rasa tidak puas hati terhadap segala perancangan punah dan harapan jatuh menjunam. The inability to foresee the unexpected. How tired and frustrated it feels to keep on clinging onto something or perhaps someone whom unsure of our own fate and destiny.

Heck, it's just hair. An attachment on my head. I can feel the cold breeze seeping through my scalp.

Okay bila nak panjang?

Monday, December 14, 2015

Akronim

Seringkali aku memejam mata
Igauan lampau mulai menjelma
Terukir perit ingatan lama
Ingin sahaja aku putarkan masa
Namun kau muncul tanpa aku sedar
Untuk aku fahami bahawa
Rupanya kaulah yang sebenar
Zaman berzaman kau membisu
Ungkapkan sahaja mengapa kau diam
Lihat aku berdiri di sini
Aku pasti sesungguhnya pasti
Ini bukan seperti dahulu
Kerana aku yakin
Aku mahu merah itu

Saturday, December 12, 2015

Scars

A scar in my heart
The first I've ever got
She was the first and I was dumb enough hoping for her to be the last
I gave my all to pamper the first
We were young and reckless
And she was gone with some other bastard
All she ever gave is a deep scar in my heart

Two scars in my heart
The second was bad enough
A push and pull situation
A person to fill in the gap
She was not the one from the moment I first saw her
But I was blind enough lying to myself, she'll be okay, we'll be okay
And she gave me the second scar, rotten enough to defile my heart

Three scars in my heart
Maybe the third time is a charm
Yeah, maybe
Heck, we're too broken and damaged
Situational victims won't solve a thing
Two time bombs will create too many damages
And that's how I got my third scars

These scars are too deep
They rot and stink
Hoping for you to shine the light
And be my remedy, an elixir to take these pains away
And reset the whole thing
But I can feel the fourth scar
Slowly engraving itself on my heart

Saturday, December 5, 2015

Truth Be Told

Truth be told, I'm so lonely. I always feel so out of place, alienated from others. It's not that I'm an introvert, it's just that I have trouble expressing myself. Whenever I met "the one" whom will hear all of my stories and feelings, she'll left. Well, she already left.

Truth be told, I'm extremely depressed. Trying to find that perfect spot in a sea of humans tend to be so frustrating. I hate whenever my advices got treated like shit as if I mean nothing to the ones that I love. And I smirk evilly when the outcomes of their doing are exactly as I predicted. 

Truth be told, I miss you. Oh how the stars sparkled and shined, I miss those times. Those times when it felt like it's just us against the world. And then you're gone, and it's me all alone against this cruel F-ed up world. 

Truth be told, I'm full of angst. Just give me a solid reason and I'll be done with it. Don't leave me clueless and aimless. It makes me mad knowing nothing especially the truth. And it makes me mad at myself more because whatever reasons that makes you left me astray, must've been because of me. Oh how I keep on wondering evwey single night on which mistakes of mine offended you the most. And how many cusses and disses I spat at myself countless of times because of my wrongdoing in which still a mystery up until now. 

Truth be told, I'm sorry.  

Sunday, November 22, 2015

Lonely

It gets lonely sometimes, 
When there are no goodnight wishes to keep your heart warm. 

Heck, who am I kidding? 
It's lonely all the time. 

Wednesday, November 4, 2015

A POEM

I wrote a poem to a lady once,
My very first time writing a poem to someone. 

It was bad I guess, 
'Cause she hates me afterward. 

Tuesday, November 3, 2015

TIDAK MENGAPA

Mata aku barai,
Tubuh aku longlai,
Mental aku koyak, 
Hati aku rabak. 

Tapi tidak mengapa, 
Aku baik-baik sahaja. 
Kerana rebah dan tersungkur, 
Aku harus akur. 

Datang hanya bila bertujuan, 
Itulah manusia dan penipuan, 
Bila masalah datang menjelma, 
Lari dan lesap entah ke mana. 

Hadam ini baik-baik, 
Aku ini tidaklah baik, 
Tapi aku sedar khilaf dahulu, 
Jadi aku mahu jadi yang baru. 

Namun kau lesap bak wasap, 
Rembulan hilang langit gelap, 
Aku terduduk bodoh sahaja, 
Fikir apa lagi khilaf yang ada. 

Hidup segan mati tak mahu, 
Hendak ditangis tiada bahu, 
Tapi tidak mengapa, 
Kerana aku baik-baik sahaja. 

Sunday, September 27, 2015

Faiq's Wedding Day

Tanggal 26 September 2015, sahabat aku berjaya diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati dia. Goddammit Faiq! Hang tak tunggu member pun hahaha! Who would've expected that out of all my bestest friends, Faiq is the one yang kahwin dulu. Aku tak percaya and neither do other people but he did it anyway. Mudah je katanya. Dah berkenan, terus mintak izin parents dia untuk kahwin and poof, terus nikah a few months later.


Aku kenal hang since Darjah 2 yakni tahun 2001 yakni masa tu umur lapan tahun. Masa tu pun masing-masing berhingus hijau bagai cendol Ansari lagi. Anyhoo, dari kelas 2 Cemerlang, 3 Cemerlang, 4 Cemerlang, 5 Cemerlang dan 6 Tiger (tiba-tiba tukaq lulz) di SK King Edward VII (1), I have to admit that you're one of my closest friends yang tau baik buruk aku. Heck, hang Ketua Pengawas dan aku pulak penolong hang kot. Tiap kali perhimpunan mesti hang jadi emcee dan aku pulak tukang baca ikrar. Bila ada time free sikit pi toilet sama-sama pastu lepaskan hajat sebab masa tu perut masing-masing tak tahan suasana di waktu pagi. Yang peliknya hang jenis tanggal seluar dan spender pastu tinggal kat luar pintu jamban KAHKAHKAH buruk benor tebiat hang.

Aku ingat lagi masa 4 Cemerlang dulu kita dok main ejek nama bapak pastu hang debik rahang kanan aku. Aku tahan je sebab fikir member punya pasal. Dan jugak sebab aku nak avenge myself dengan cara mendebik anak hang nanti. Son of Faiq, beware.

Yang paling I kenot brain is masa hang gaduh dengan Ameer Fareed (padahal dua pupu sendiri), pastu bila nak kena drag ke Sir Azhar terus hang buat histeria jerit "Allah, Muhammad, malaikat tolong aku!" and I was like, "What kind of drugs are you on?"

Shit terthrowback pulak. Padahal saje je nak tunjuk jalur masa yang membuktikan betapa lamanya kita berkawan sampai hang dah jadi one of my brothers. Aku tak kisah sangat kalau member-member lain kahwin. But when one of our tiger pack (bukan wolf pack mahupun X-pax) gets married, aku pulak jadi excited. Apatah lagi bila hang ialah sek-sek kita yang pertama sekali kahwin. Tak terkejut pun sebab sejak Darjah 2 lagi aku tau hang ni terlebih miang orangnya huehuehue.


Demi Faiq, aku sanggup jadi co-pilot untuk drive sampai ke Perlis, aku sanggup berhimpit lima orang dalam Viva dan tidur di atas kaunter hotel sobs sobs. Hang harus hadam fakta bahawasanya aku ni kalau kenduri jiran sebelah rumah pun malas nak pi. Nampak tak betapa aku dan member-member lain sayangkan hang walaupun kadang-kadang tu kitorang rasa macam nak pogo hang secara berjemaah lulz.

Faiq dan Raudzah (aku tak sure aku eja betul atau tak), aku doakan hangpa kekal sampai ke jannah. Cocok sungguh aku tengok hangpa. Untunglah Faiq ada someone yang boleh buat diri dia rasa tinggi lulz. Aku harap Raudzah tak bosan dengar cerita hang yang sama beratus kali sehari. Dan aku paling harapkan hang tak bukak cerita yang sama beratus kali sehari lulz. Ciptalah cerita baru dan memori indah bersama acewahh. Tanggungjawab sebagai seorang suami ni sangat-sangat berat, lagi berat daripada berat badan hang. Sebab hang kena berbakti kepada tiga keluarga; keluarga hang, keluarga mertua hang dan jugak keluarga hang sendiri suatu hari nanti in shaa Allah. There's a time for a man to act like a child, and a time for him to act like a man. A wise man should know what to act on different situation. Guna akal yang Allah bagi dan ingat, walau apa pun yang terjadi, family's first. Unless kalau aku ajak lepak mamak tengok bola so in that case Afiq's first hehe.


Saturday, September 12, 2015

I'M OKAY

Baru sahaja dua puluh dua tahun hidup dan aku rasa kemuncak depresi di dalam diri ini semakin lama semakin tiba ke penghujungnya. Bukan 'penamat' di mana segala kesakitan akan reda hilang begitu sahaja. Tetapi 'penghujung' di mana sesuatu limitasi sudah tidak boleh membendung kemuncak rasa dan akan meletus membinasakan hati yang semakin lama semakin rabak dan akal yang semakin lama semakin koyak. But I'm okay.

Sejujurnya aku tidak pernah merasa hidup sebati di dalam suatu kelompok masyarakat mahupun kumpulan kecil bergelar kawan atau keluarga. Akan timbul suatu jenis rasa asing yang membuatkan aku secara magisnya mengasingkan diri tanpa perlu disuruh. Terkadang itu aku berasa seperti aku ini bukannya makhluk bumi tetapi makhluk asing yang sedaya upaya cuba meniru lagak berlagak makhluk penghuni planet ini yang secara harfiahnya memiliki dua wajah; wajah sengih tatkala menginginkan sesuatu dan wajah bengis sesudah mendapatkan sesuatu. Jujur aku takut berhadapan dengan kesemua golongan ini dan itulah punca kebanyakan sisa masa hidup lalu ku diluangkan terperuk di dalam bilik bertemankan fantasi angan di mana senarionya aku ini bukanlah seorang extrovert yang disenangi ramai orang. Namun itu hanyalah fantasi yang tidak mungkin menjadi suatu realiti. But I'm okay.

Banyak benih negatif ditanam di dalam hati dan aku sirami dengan duka setiap hari sebelum tidur. Adakalanya aku berselubung di dalam selimut bagai janin di dalam rahim. Mungkin kerana itulah permulaan kepada segala permasalahan. Aku tidak pernah pinta dilahirkan ke dunia yang maha kejam ini. Tetapi tidak pula aku berani mati kerana aku sendiri tahu andai kata aku mati nescaya neraka jahanamlah destinasi aku kerana aku ini pendosa tegar yang maha angkuh. Aku fikir punca utama aku wujud ke dunia ini adalah kerana ibu bapa aku tiba-tiba berasa horny pada suatu malam dan sembilan bulan kemudian aku dilahirkan. Menjadi anak tengah memang nyata sukar. Kakak aku dilayan bagaikan seorang puteri raja oleh bapa aku. Apa sahaja yang dipinta akan terus diberi dengan kadar yang pantas. Perangai teruk mengalahkan kapitalis tetapi yang dipinta tetap dapat akan kerana satu-satunya anak perempuan dan juga anak sulung seolah-olah mendapat suatu jenis imuniti. Kebebasan diberikan kepada sang dara walhal jelas nyata sang teruna lebih reti menjaga diri. Beribu wang dihabiskan untuk membesarkan sang penganggur yang mulutnya tiada insurans, seolah-olah syurga ibu itu di bawah telapak kakinya sendiri. Adik aku pula ibarat seorang wali yang pada mata ibu aku tersangatlah sempurna tanpa sebarang cacat cela. Dijulang tinggi kejayaannya dan disanjung besar oleh jiran tetangga. Semua yang dipinta nescaya akan dapat. Heh jika tidak dipinta pun tetap akan dapat kerana mindset ibu yang mahukan yang terbaik demi si adik dan pencapaian akademiknya. Baru-baru ini jelas ketara aku nampak perbezaan darjat di antara aku dan adik-beradik yang lain. Bila si kakak berhenti kerja dari ibu negara, aku yang dicacaikan atas dasar kehendak ibu dan kasihankan bapa. Bila si adik mahu sambung belajar, aku juga yang dicacaikan biar penat tubuh badan. Namun ada aku dengar ucapan terima kasih? Haram. Mungkin itu haram diucapkan kepada anak yang paling rendah darjatnya di dalam rumah barangkali. Aku tidak pinta banyak. Cuma jangan dibandingkan dan mohon tunaikan tanggungjawab kalian. Ini bila adik mahu sambung belajar, terus seratus peratus fokus diberikan untuk kelengkapan dia. Ya mungkin nampak remeh dan mengada-ngada tetapi apakah aku bukan anak mereka? Jika mahu tumpu pada satu sahaja lebih baik aku berhenti belajar dan tambahkan sahaja lagi bilangan penganggur di dalam rumah. Lebih mudah begitu bukan? Aku rasa macam orang asing yang sekadar hidup menumpang di dalam rumah itu. Cukuplah hanya memenuhi ruang kamar. Mati pun tidak mengapa bukannya ada yang akan perasan jasad aku membusuk di atas katil. Apabila menjelma hari jadi kakak atau adik, ibu akan bersungguh-sungguh memaksa aku untuk mengucapkan apa yang patut kepada mereka dan aku akur. Ibu pula akan mendoakan mereka betul-betul di hadapan mereka. Ingin tahu apa yang aku dapat? Abah sekadar datang menjengah aku di pintu kamar dan mengucap selamat hari jadi. Si kakak pula pura-pura bodoh. Si adik sekadar mengucapkan hb di Twitter. Ibu pula yang mengandungkan aku selama sembilan bulan hanya sekadar mengucapkan selamat di Facebook dan bukannya berdepan mata dengan aku. Aku hidup dua puluh dua tahun dengan mereka dan ini yang aku dapat. Layanan dingin ibarat aku telah membunuh seseorang. Aku tidam pinta hadiah mahupun kek. Cukuplah sekadar dua ciuman oleh ibu di kedua-dua belah pipi ku dan juga bapa memeluk erat tubuh anaknya ini. Love and compassion. Itu yang aku mahukan daripada keluarga aku. Bukannya pandangan sinis dan dialog skeptik pada setiap perbuatan aku. Sudahlah berkonvo pun seorang diri, sambut hari jadi pun seorang diri juga. But I'm okay. 

Sengaja aku luahkan di sini kerana aku sunyi. Aku mahukan seorang pendengar setia kepada setiap permasalahan aku. Ya memang benar Allah itu Maha Mendengar. Berkali-kali aku duduk di atas tikar sejadah dan mengadu tentang kesunyian aku dan mengharapkan suatu bisikan sebagai balasan dan solusi terhadap permasalahan ini. Aku mendambakan seorang peneman. Seorang pengantara di antara aku dan Dia. Aku fikir aku sudah jumpa. Dan buat seketika setelah beberapa sekian lama aku terasa hidup dan segar bagaikan baru lahir ke sebuah dunia baru. Buat pertama kalinya aku tidak berasa sunyi dan asing. Aku berasa mampu untuk mengambus kembali rasa perit disisihkan yang lain dan terus gagah bergerak ke hadapan. Tetapi sekali lagi itu semuanya dusta yang dibina fantasi dan angan-angan di mana semuanya sempurna walhal hidup aku sememangnya binasa. Mungkin tiada siapa mahu berdamping dengan orang bermasalah kerana takut terpalit dengan segala aura negatif. Mungkin kerana aku ini ibarat sebuah bom jangka masa yang sangat sensitif hinggakan sedikit hentakan mampu membuatkan aku meletus dan impaknya mampu membinasakan orang di sekeliling. Mungkin juga orang pandang aku ini sehina-hina dan serendah-rendah manusia hinggakan mereka terlalu mulia untuk menghargai setiap usaha aku untuk membahagiakan mereka. Tidak mengapa. Aku tidak membenci kalian. Sebaliknya aku membenci diri ini yang tidak mampu menjangkau jangkaan dan harapan kalian. My name is Afiq, and I choose solitude. But I'm not okay. 

Thursday, September 10, 2015

LUBANG JAHANAM

Terkadang tu rasa sepanjang hidup ni tak mahir buat perkara lain selain daripada menyusahkan orang lain. Ingatkan selama ni cuba tatih dan atur satu per satu langkah agar terus naik ke atas, rupa-rupanya tangan yang penuh dengan kotoran dosa lampau terus menerus tarik yang disayangi jatuh makin ke dalam lubang jahanam. Ya mungkin aku seorang sahaja yang patut hidup di dalam lubang jahanam ni dan bukannya bersama orang lain. Angan-angan hidup di awangan makin lama makin pudar visinya. Realiti memekik di telinga terus tembus mengetuk gegendang hasilkan rona bunyi perit terpaksa harung semuanya sendiri. Ya. Dari dulu hingga akan datang, aku sendiri meniti depresi yang kian lama memakan diri. 

Saturday, August 15, 2015

NOBODY IS GOING TO NOTICE MY ABSENCE ANYWAY

It hurts so bad to be alone, sometimes I wish I could die and turn into nothingness.

Sunday, May 31, 2015

Bomb

Calm like a bomb
I may look perfectly calm on the outside
But inside
I'm an explosive bunch of chemicals waiting to detonate
A time bomb
Waiting patiently to be exploded
A suicidal bastard
On a pressure of depression, regret and hatred
Waiting patiently for death to come
I'm a fucking bomb
A time bomb
I wait
And wait
For "the time" to come.

Saturday, May 23, 2015

Damage


I am beyond damage.

Saturday, May 16, 2015

Curse

I was cursed to be eternally terrified of my own choices and regrets.

Monday, May 11, 2015

Susah

Apa yang lebih susah daripada menerima keputusan?

Membuat keputusan.

Saturday, May 9, 2015

The Road

That kind of shitty moment when I've taken a long way down a detour and the confidence I've once believed to be so great have been plundered by confusions being made entirely by my own mind. 

The detour I've taken from the old road with an excuse for a break from all of the madness crushing my heart to bits, has started to make me feel uneasy of what would come at the end of the detour. 

Would it be a dead end or a cliff waiting for me to jump to my death? 

The confidence I've mustered before is depleting. Maybe I should turn back to the road I've once taken before. 

The one I've been longing for years and struggling for her. The one achievement I once held up so high, puffing up my chest with might bigger than a mountain. 

The road I've traveled long enough until it feels so comfortable that the scent makes me feel like home. 

So is it too late for me to turn back and await the unpredictable end of the detour?

Or the road before itself feels lost without me and awaits me with arms wide open, ready to forgive my sins?

- IMY, N

Sunday, April 19, 2015

Avenge

Someday, I’ll prove myself how worthy I am for all those respects I didn’t get before. I’ll be more than a random somebody who lives, eats and dies. I’ll be someone greater than all of you. You may have laughed and battered me down in the past and the present but I’ll make sure you screamed my name so loud in the future but my ears won’t caught a single bit of sound coming from all of your filthy mouths. I’ll be standing up high atop of my success, so high that your neck snaps itself from raising your sight beyond its limit. These smudges and dirt you have tainted on my body will be cleansed away. The sweet scent of success will linger around every inch of my body but to you it will smell like utter defeat. Of all the battles I’ve lost, I’ll make sure I’ve won the war whenever I look under my feet and see all of you eyeing me from afar. On that moment, I’ll pose this finger stuck in the middle and all of the angst and angers will subside, falling onto the faces of people who will soon regret undermining me from the moment I was born.


And that is how I avenge myself.

Wednesday, April 8, 2015

The Bus

The bus runs wild
A carrier of you and me
Side by side, together
And we thought it would be forever
Going through winds and hailstorms
The bus runs wild
The cloud may pour and the sun may scorch
But I got you by my side and it's fine to set everything aside
A glimpse will never be sufficed
For I am eternally drowned in those beautiful eyes of yours
Through thick and thin
We will be together forever
Or so I thought it will be
Times change
And so do humans
Now you're gone
With those who care you the most
The bus runs wild
For now I am all
Alone.

- HB, N