Saturday, June 8, 2013

Apa Habaq UiTM Machang?

Di sini ku coretkan warkah digital kepada mata-mata yang setia berkeliaran di laman maya. Hambar kan ayat?

Tanggal 8 Jun 2013 aku menapak sekali lagi di UiTM Bukit Ilmu, Machang, Kelantan Darul Naim, Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Bumi, Orbit Ketiga, Sistem Solar, Galaksi Bima Sakti, Angkasa Lepas, Dunia dengan nawaitu untuk menghabiskan semester terakhir Diploma Pengurusan Maklumat dengan penuh hebatnya ditemani letupan 8Kg C-4 beserta letusan confetti pelangi yang banyak. Ini semester kelima yakni semester finale, dan aku sertakan azam aku pada warkah digital yang kian hambar ini.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk study sehabis baik, tidak menangguh kerja, menghormati rakan sekelas dan para pensyarah, banyakkan bersukan, sertai program yang bermanfaat, kurangkan meniru, banyakkan bertanya, tingkatkan kualiti kerja, tidak stress, banyakkan membantu rakan-rakan atau junior yang memerlukan, berjimat cermat, tidak ponteng kelas dan yang paling penting, usha aweks UiTM Machang puas-puas sebab lepas habis semester ni tak boleh usha dah.

Sekian, trimas daun keladi.

I should eat. Or sleep. Or both. Nah, sleep is more important. Zzz.

2 comments:

  1. gud luck for the new semester. jelesnye dengaq sal ko punye pointer =.=' tggi gile

    ReplyDelete
  2. Good luck untuk kau jugak. Choii, tak yah nak jealous sangat lah. Kau sendiri boleh dapat pointer lagi tinggi daripada tu. Kekalkan fokus, usaha lebih lagi dan banyakkan tawakal. All the best untuk semester finale nih. :]

    ReplyDelete