Saturday, May 18, 2013

Tips Barangkali

Kali ni aku nak share sikit lah. On how to excel your marks. Bukan niat nak berlagak, riak atau takbur. Just nak berkongsi. Ilmu ni milik Allah. Peranan kita sebagai hambaNya adalah untuk menyebarkan apa sahaja ilmu yang kita ada.

So, basically ada dua jenis student. Sama ada jenis yang belajar sepanjang masa tapi kualiti assignment so-so je, atau belajar last minute tapi banyak fokus kat assignment. Memang payah nak jumpa students yang sokmo belajar dan assignment bagus tahap gaban. (Apa motif aku sembang benda nih?)

Okay, here comes the tips.

1. Buat assignment secepat yang mungkin
Biasanya kalau students dapat tugasan, depa akan tangguh lama-lama. Tunggu bila lecturer ingatkan deadline baru depa nak start. Ini sangatlah tak bagus ye adik-adik, akak-akak dan abang-abang sekalian. Sebaik-baiknya lepas lecturer bagi tugasan tu, terus buat research. Kalau buat cepat, habis pun cepat. Dan kemungkinan besar tak kan bertindih dengan assignment lain. Bila kerja bertimbun, otak pun jadi serabut. Lagi-lagi kalau deadline mengejar kita rapat dari belakang. So, do not procrastinate. Kena pandai agih masa jugak. Kalau time tu kena buat dua assignment serentak, tapi ada satu tu deadline dia paling dekat, siapkan assignment yang paling diperlukan tu dahulu.

2. Rujuk lecturer
Sentiasa bertanya pada lecturer. Tanya lecturer segala persoalan mengenai assignment. Banyakkan berkunjung ke bilik lecturer. Tanyalah tentang guidelines, atau format report. Kalau boleh, mintak lah tips sikit. Tanya apa yang lecturer tu nak pada assignment, tanya apa yang boleh ditambah untuk bagi markah banyak. Kalau dah nak siap tu, tunjuk lah dulu draft pada lecturer. Maybe dia akan point out kandungan mana yang patut dibuang dan mana yang patut ditambah. Tak rugi jumpa lecturer nih. Kalau ada apa-apa soalan mengenai kuliah or past year questions, tanya lah jugak. Maybe boleh dapat extra information or improve our understanding on the topics. Just jangan tanya ayam or telur wujud dulu, okay?

3. Research and citation
Seboleh-bolehnya, elakkanlah daripada menggoreng isi kandungan. Tak perlu la nak mereka-reka fakta sendiri. Internet kan ada, cari maklumat dari situ. Dan carilah yang reliable saja. Tapi kalau mampu, ambil dari journal. Lagi teguh kelayakannya. Kalau dah retrieve maklumat daripada sesuatu sumber tu, silalah buat citation. Rujuk la manual APA 6th Edition yang boleh dicari pada Encik Google. Sesungguhnya citation ni memainkan peranan yang sangat penting. Salah buat citation, besar kemungkinan isi kandungan dalam assignment tu tak boleh dipakai terus. Dan citation ni jugak bawak markah yang agak banyak. Bayangkan, buat citation tak sampai setengah mukasurat, dah dapat 5 markah. Tu pun kalau reti buat ah.

4. Prepare for presentation
Sentiasa bersiap sedia sebelum present. Jangan ambil mudah sebab markah presentation penting jugak. Slide tu kalau boleh jangan la padat sangat dengan information. Letak je isi penting. Design biar simple. Warna background dan font biar kontra agar mudah nak dibezakan. Guna font yang tak berbunga-bunga supaya senang nak dibaca. Tang huraian tu, kita explain la sendiri. That's why kena prepare. Kena hafal sikit-sikit huraian tu. Jangan la dok baca slide. Lecturer tengok pun rasa tension je. Gunakan body language, a bit of gestures to aid your speech. Dan sentiasa bercakap dengan penuh yakin. Mutu, gaya, keunggulan oyeah oyeah bebeh.

5. Jaga hubungan dengan lecturer
Ni sangat-sangat penting. Kalau tak suka kat lecturer tu sekali pun, jangan lah kurang ajar. Be nice. Berjenaka sikit-sikit. Tapi jangan sampai satu kelas rasa annoyed sebab kita dok sailang tiap kali lecturer nak mengajar. Banyakkan bertanya soalan di dalam kelas. Bila tak paham, terus tanya. Jangan tangguh-tangguh sebab Melayu mudah lupa. If possible, make sure lecturer tu recognize kita. Biar dia tau nama dan kenal muka kita. Bagi satu impak yang positif kat lecturer tu. BAMM! And after that, maybe, just maybe, dia akan bagi markah extra. Yup, maybe. Tapi kalau dok kurang ajar, besar kemungkinan lecturer takkan bersimpati langsung untuk selamatkan kita daripada the thin line between gagal dan lulus. Dan tulisan biar kemas ye. Takde lecturer kat dunia ni yang suka tulisan cakar ayam, lembu, jerung what so ever.

6. Buat short note
Kalau aku lah kan, aku tak kan baca buku teks yang tebal mengalahkan lemak gajah Afrika tu. Aku akan rujuk je, then buat short notes. Kat short notes tu, aku isikan main points je. Dan mungkin huraian sikit-sikit. Short notes ni boleh la buat bacaan di masa santai, ataupun bacaan ringan sebelum mula exam. Or jadikan sebagai to-hukk-hukk-yol-hukk! Ehemmm. *makan Strepsils*

7. Mantapkan carry marks
Sesungguhnya carry marks ni sangatlah penting. Sebab carry mark ni consist of markah assignment dan markah test/kuiz. Kenapa kena fokus untuk memantopkan carry marks? First, boleh rujuk lecturer tentang assignment. Boleh mintak pendapat. Tunjuk draft kat dia, tanya mana yang okay dan mana yang tak okay. Maksudnya benda ni boleh ditanya berulang kali tanpa sekatan. Second, boleh buat semula kalau nak. Kalau lepas submit report, then lecturer kata banyak salah, kita boleh mintak buat semula. Tapi rugi ah duit nak print. That's why better tunjuk draft in softcopy je. Sila fikirkan, final exam bukannya boleh rujuk lecturer pun, dan bukannya boleh buat semula. Therefore, focuse more on your carry marks. Walaupun sikit, markah ni boleh tampung markah final exam. True story.

8. Banyakkan buat past year questions
Kalau buat soalan-soalan exam pada semester-semester yang lepas, kita boleh agak flow dia. Boleh tau soalan mana yang sokmo keluar. Chapter mana yang banyak masuk. Macam mana cara nak menjawab. The tricks behind the question. Dan mungkin boleh ramal soalan yang akan keluar. Lulz~

Aku sebenarnya dah malas nak menaip. So, daa~

*p/s: Ingat, hanya korang je yang boleh bentukkan masa depan sendiri. Kalau dok berdoa je tapi usahanya zero, jangan haraplah nak berjaya. Usaha kena ada sama. Then tawakal dan serahkan semuanya kepada Allah SWT. :]

Sunday, May 12, 2013

IM110 Sem 4

Okay, mic check one two. So, what about sem 4? Not much really. Banyak subjek yang lebih kurang sama dengan subjek sem 2. Well, maybe lebih detail ah. Unlike seperti semester-semester sebelum nih, kali ni ada enam subjek je. Hoorayyy! 

. . .

==" Yup, that's unnecessary. Okay, here we go.

The first subject is IMD252 @ Digital Resource Center. Lecturernya ialah Madam Nor Famiza Binti Tarsik. The one and only lecturer Perak yang mengajar aku! Wee~ So, this subject is basically about digital applications to information organizations. Dalam BM-nya, students akan belajar tentang penggunaan IT dan internet secara menyeluruh dalam sesebuah organisasi maklumat, contohnya library lah. Subjek ni akan ajar kaedah, kepentingan, contoh, faktor dan macam-macam lagi lah. Individual assignment mudah je. Kena buat macam thesis paper. Kena conduct research based on topic yang lecturer bagi. Then buat lah esei. Senanggg. Group assignment pulak kena buat satu flash player yang boleh digunakan untuk membantu proses pembelajaran. Contohnya buat flash player mengenai ABC, letak exercise sikit-sikit untuk bantu budak-budak tadika belajar. Then promote produk yang siap dibuat. Senanggg.

The second subject is IMD253 @ Organization of Information. Lecturernya ialah Madam Zaila Binti Idris. Subjek ni banyak mengajar mengenai tools yang digunakan oleh organisasi maklumat untuk retrieve materials yang depa ada. Get it get it? Senang cerita, library kan pakai catalog untuk memudahkan staff and users to search for specific materials. Haa, lebih kurang macam tu ah. Cuma lebih detail daripada apa yang aku terang sat tadi. Individual assignment memerlukan students untuk conduct research mengenai apa saja information organization dan huraikan mengenai retrieval tools yang depa pakai. Contohnya buat pasal library di UNITEN, then huraikan pasal OPAC yang depa sediakan. Simple je kan? Untuk group assignment pulak, students kena conduct research di mana-mana information organization. Pi sana, then buat kajian mengenai satu department. Contohnya bahagian circulation kan, so kaji la apa yang department tu buat. Cara kerja depa, staff, peralatan yang depa guna and so on. Ya Allah mudahnya kerja.

The third subject is IMD256 @ Management of Records Center. Lecturernya ialah Miss Noor Azreen Binti Alimin. Perghh, dah 3 sem berturut-turut Miss Azreen ajar aku. *salute* Subjek ni tentang pengurusan pusat record (translate sebijik-sebijik lulz). So students akan belajar tentang macam mana polisi nak bina records center, pengurusan bajet, keselamatan and so on. Kalau semester 2 dulu belajar macam mana nak handle rekod, yang ni macam mana nak handle records center tu. Kiranya jadi manager ah senang cerita. Individual assignment kena buat rumusan. Cari je apa-apa artikel berkenaan records center management dan buat rumusan mengenai artikel tu. Nampak mudah tapi payah. Group assignment pulak kena design satu pusat rekod yang sebenar. Kena la fikirkan mengenai tapak pembinaan, blueprint bangunan, staff, visi, misi, jenis pusat rekod, bajet dan polisi. Mungkin nampak susah, tapi sebenarnya aku agak enjoy buat benda alah nih. Lagi-lagi tang bajet tu. Kononnya aku ni billionaire lah tu. Lulz~

The fourth subject is IMD257 @ Information Technology Application in Information Agencies. Lecturernya ialah Madam Nur Shaliza Binti Sapiai. Subjek ni memang serius lebih kurang sama je macam IMD253. Bezanya IMD253 fokus mengenai traditional tools, mostly in printed form. IMD257 pulak fokus mengenai tools dalam bentuk elektronik. Dah nama pun IT, mestilah kena advance sikit. So students akan belajar ah serba sedikit mengenai sistem yang library pakai. Get it get it? Individual assignment mudah je. Lecturer bagi 15 terms, students kena cari dia punya definitions. Lain lecturer bagi lain assignment sebenarnya. Kalau tak silap aku, kelas lain kena compare 2 system yang library guna. Contohnya bandingkan ILMU dengan VTLS. Tak paham kan? Good. Group assignment pulak sebijik macam group assignment IMD253. Kena conduct research di library. Then pilih satu department. Bezanya kena huraikan mengenai segala IT yang department tu guna. Contohnya komputer, system, scanner dan segala mak nenek lagi.

The fifth subject is IMD258 @ Electronic Publishing. Lecturernya ialah Madam Huda Binti Hamidon. Subjek ni sumpah best. Kita kena belajar design itu ini pakai Adobe Photoshop, InDesign dan Illustrator. Gila best wehhh. Individual assignment kena design 3 benda alah iaitu business card, poster dan yearly planner. Style kan? Design lawa-lawa, print dan hantar kat lecturer. Group assigment pulak kena buat majalah yang mengandungi 24 muka surat. Kalau macam group aku dulu buat majalah mengenai game (oyeah bebeh!), so kitorang letak maklumat mengenai game dan gambar-gambar game tu. Serius best. Masalahnya kena labur banyak duit untuk print majalah tu guna laser printer on glossy papers. =="

The sixth subject is IMD259 @ Technical Support Service and Maintenance for Information Agencies. Lecturernya the most sporting Encik Zaffian. Tapi maaf, aku terlupa lagi full name lecturer lelaki (I'm so so so sorry sir). Kalau budak-budak medic belajar autonomi untuk mengenali tubuh badan manusia, kita budak-budak IM110 belajar IMD259 untuk mengenali isi dalam komputer. Subjek ni terlampaulah susah sampai Encik Zaf sendiri kata students diploma tak patut belajar subjek nih. Bayangkan, dalam masa 1 sem kita kena mahirkan diri mengenai komputer. Segala apa yang tersurat dan tersirat pada komputer tu, kita kena tau. Aku tak berani cakap banyak pasal subjek ni sebab aku masih lagi trauma. Wuu~ Individual assignment ada 3 bahagian. Actually, ni test sebenarnya. First, students kena pasang balik segala components yang dicabut pada motherboard untuk melengkapkan circuit system komputer tu. Second, students kena format komputer, agih proportion untuk hard drive dan install OS. Third, students kena pasang RJ45 cable. Tak paham? Good. Group assignment pulak kena buat research mengenai teknologi baru dalam dunia perkomputeran. Contohnya USB 3.0, processor baru atau android baru. Then bandingkanlah dengan generasi sebelumnya, terangkan kelebihan dan kelemahan benda alah tu.

Check the links below to read my rants about the previous 3 semesters.

IM110 Sem 3

Okay, I don't know if there's anybody out there who bother about this, but I'm gonna publish this entry anyways. Kiranya dah jadi macam satu tradisi untuk aku meng-explain-kan mengenai subjek-subjek Diploma Pengurusan Maklumat yang terdapat dalam sesuatu semester. Walaupun dah terlajak lewat, lulz, aku still akan buat satu entry mengenai semester 3. Hopefully aku ingat lagi ah.

The first subject is IMD202 @ Promotion of Information Products and Services. Lecturer untuk subjek ni ialah Miss Fatimah Zuhaira Binti Mohamed Yusoff Fauzi. Surprisingly she's nice on that semester. So, subjek ni simple je. It's basically about promotional methods of any particular information organizations. Kiranya tentang bagaimana sesuatu library atau arkib buat program untuk mempromosikan servis dan fasiliti diorang. Subjek ni pikir pakai logik pun boleh, cuma kena pandai relate promotional programs tu dengan benefits yang mampu diberi kepada organisasi. Individual assignment simple je. Kena buat research mengenai lima jenis library which are national, academic, special, school and public. Kena pilih contoh library tersebut, then huraikan mengenai servis, fasiliti dan program yang ditawarkan oleh library terbabit. Then sembang la sikit pasal advantages and disadvantages of the libraries. Group assignment yang bestnya. Kena buat program di information organization yang terpilih. Contohnya macam muzium kraftangan, so buat la satu program bersama kelas untuk menarik pengunjung ke muzium tu. Then in a small group, buat lah aktiviti kecil untuk memenuhkan tentatif program tu. Contohnya macam ceramah, demonstrasi, contest and so on. Serius best buat benda alah nih.

The second subject is IMD205 @ Multimedia for Information Presentation. Lecturer yang mengajar subjek ni namanya Sir Akmal Faiz. Aku terlupa nama penuh dia (I'm so so so sorry, sir). Subjek ni memang serius best. Sebab mostly pakai computer. Yang mana lemah IT tu mungkin akan meraung "TIDAAAKKKKK" but it's your fault sebab tak mau explore the world of technology. Back to the point, subjek ni berkenaan menggunakan softwares yang disarankan (Macromedia Director dan SWiSHmax) untuk design suatu flash player. Style kan? Individual assignment kena buat resume. So gunalah softwares tu untuk create suatu biodata mengenai diri kita. Letak lah gambar, video, animation dan bunyi untuk bagi menarik. Group assignment pulak kena buat tutorial. For this case, aku buat tutorial origami. So group aku guna dua-dua software tu untuk design dan develop satu flash player yang user boleh interact. That means bukan takat ada rupa je, tapi boleh guna links dan buttons yang ada. Cool right?

The third subject is IMD206 @ Instructional Media Application. Lecturernya ialah Madam Maznah Binti Mat Yazik @ Mohd Yazid. Subjek ni berkenaan basic ajar-mengajar. Kononnya kalau nak jadi cikgu, kita kena tau macam mana kaedah mengajar yang berkesan. Subjek ni pun best jugak. Sebab teori yang ada memang seronok diaplikasikan. Takde individual assignment langsung (thank god!). Tapi group assignment dia penting. Kita kena ajar classmates guna flash player atau apa-apa teaching tools kita sendiri. Contohnya ajar ABC guna manila kad dan poster je. Tak pun ajar 123 guna flash player. Pokoknya, kita kena ajar bersungguh-sungguh macam kita ajar budak-budak sekolah yang betul. Group aku pilih pembelajaran tadika. Cer bayangkan betapa childish-nya aku kena berlakon depan member-member seangkatan. *facepalm*

The fourth subject is IMD207 @ Communication Skills for Information Professionals 2. Lecturer untuk subjek ni semestinya Miss Noor Azreen Binti Alimin! *tepuk tangan* So, sebagaimana yang aku mention pada entry sebelum ni, subjek ni lebih kurang ke dengan IMD157 which requires students to learn about communication skills. Bezanya kali ni lebih kepada public speaking. Kena belajar la cara-cara bercakap depan public, macam mana nak handle nervousness, skills, types of audience and so on. Individual assignment ada dua yee. First, kita kena buat informative speech. Maksudnya kena bagi satu ucapan depan classmates dengan niat memberi dan berkongsi suatu maklumat, contohnya mengenai insomnia. Second, kita kena buat persuasive speech pulak. Ucapan kali ni pulak kita kena cuba sedaya upaya menarik perhatian classmates terhadap sesuatu produk atau topik. Contohnya, better guna komputer daripada buku. So explain lah mengenai kebaikan komputer dan keburukan buku. Simple. Group assignment pulak boleh pilih apa jenis ucapan dan apa saja topik yang kita nak. Tapi yang ni pelik sikit, sebab kena buat outline je. Kat dalam outline tu, kena specify which lines or points will be elaborated by whom. Dan kena jugak nyatakan body gestures yang perlu digunakan. Bunyi payah tapi senang je sebenarnya.

The fifth subject is IMD208 @ Introduction to Web Content Management and Design. Lecturer untuk subjek ni ialah Sir Faizal Haini. Aku terlupa lagi nama penuh lecturer lelaki (I'm so so so sorry, sir). Subjek ni pun best gila sebab belajar design website sendiri. Susah sikit la kena belajar coding HTML tapi berbaloi ilmu yang dapat from this subject. Individual assignment lebih kurang macam IMD205, kena buat resume. Tapi disebabkan subjek ni berkenaan dengan web, resume tu kenalah dibuat menggunakan coding HTML. Buat lah design tu ikut suka hati, yang penting menarik. Group assignment payah sikit. Well, payah banyak. Kita kena develop satu company, lebih elok kalau perniagaan jual menjual. Then design satu website berkenaan dengan company kita tu. Contohnya company baju, so mesti bisnes jual baju kan? Jadi di webpage tu letak la banyak-banyak gambar baju yang kita jual untuk promote company kita. Assignment ni payah sebab kena guna software untuk buat website tu. Contohnya Joomla. Payah gila nak pakai Joomla nih. So kena la rajin explore dan bersabar buat assignment nih.

The sixth subject is BEL311 @ English for Academic Purpose. Lecturernya Miss Nur Syamimi Iliani Binti Che Hassan. Seperti biasa, BEL ni banyak mengajar mengenai English. Cuma berbeza sikit dengan BEL yang sebelum ni banyak mengajar basic English sebagai persediaan untuk MUET, semester ni ajar buat thesis paper. Thesis paper ni kiranya macam research paper ah. Assignmentnya ada satu je. Partner up secara berdua, then conduct satu research and buat thesis paper. Topiknya bebas. Contohnya aku pilih insomnia. Tapi kena buat dua part, yakni explain mengenai faktor insomnia dan jalan penyelesaiannya. Yang paling penting, isi tak boleh goreng sendiri. Wajib diambil daripada sumber ilmiah yang lain. That's the main reason why we learned BEL311, untuk belajar serap sesuatu resource, paraphrase ikut kefahaman kita dan buat citation sebagai acknowledgement. 

The seventh subject is CTU264 @ Islamic Information Management. Lecturer subjek ni ialah Ustazah Siti Fatimah Binti Tasir. Unlike the previous CTU subjects, semester 3 ni lain sikit. Sebab CTU untuk setiap fakulti adalah berbeza, tak selaras langsung. So kalau dah tau masuk IM110 tu, sah-sah la CTUnya berkenaan dengan pengurusan maklumat kan. Jadi subjek ni banyak mengajar mengenai pengurusan maklumat dari segi pandangan Islam. Kena tau la maklumat yang sahih tu macam mana, dan kenali tokoh-tokoh Islam  dalam bidang pengurusan maklumat. Di samping tu kena jugak belajar mengenai institusi maklumat Islam, perkembangannya and so on. Subjek ni takde individual assignment (Alhamdulillah). Group assignment pulak, hmm, payah ah nak terang. Topik untuk group assignment ni berbeza-beza bagi setiap group. Lecturer yang akan pilihkan. Tapi basically topik tu berkenaan dengan syllabus CTU264. Contohnya aku kena buat pasal sumber maklumat semasa dan kepentingan ciri-ciri maklumat muktabar. So aku cari la lapan contoh sumber maklumat semasa, explain sikit-sikit. Lepas tu sembang pasal maklumat muktabar pulak. Ada group yang dapat pasal tokoh-tokoh Islam, ada yang dapat pasal institusi Islam. So ikut nasib ah. Lulz~

The last subject is HBU132 @ Civil Defense 3. Macam biasa, aku terpilih masuk Jabatan Pertahanan Awam dan aku melekat dengan subjek ni selama tiga semester. Aku dah tak berapa ingat apa yang kitorang belajar tiap-tiap minggu. Probably JPA stuff. Lulz~ Yang pasti ada Latihan Medan. Kali ni buat di Tok Aman Bali. Lawa tempat tu, tak seteruk sebelum nih. Time Latihan Medan tu ada la buat aktiviti padamkan api, flying fox, trekking. Ada jugak aktiviti terapung-apung guna life jacket kat air dalam. Yang ni aku tak tau pasaipa aku rasa best. Lulz~ Yang penting, semester 3 ni last aku join JPA. So sayonara dan adios amigos. Wee~ :D

That's all about semester 3. Check out these links about the other semesters.

Sem 1
Sem 2
Sem 4

Friday, May 10, 2013

Me Pointer Go Up Up Up!


Ignore the grammatical errors on the title you pesky Grammar-Nazis! So, just nak gembar gemburkan kat sini yang pointer aku naik. Hoorayyy! Kenapa aku seronok dan beria sangat nih? Sebab pointer aku tak pernah menaik. Sepanjang 3 semester, pointer aku asyik menurun je. Tapi Alhamdulillah, sem 4 ni pointer aku naik tinggi mendadak! Walaweyh! Yang best tu, takde B langsung. MWAHAHAHA!