Monday, December 22, 2014

Merah

Dan wajahnya bertukar merah padam pabila diusik. Merahnya lain. Bukan seperti buah delima, bukan seperti kelopak mawar. Merahnya ada emosi. Emosi yang kian lama terpendam mulai timbul serentak keluar pada kulit wajah yang mulus. Aku ingat merah itu. Aku imbas perihal lepas dan aku ingat, itulah merah yang telah lama hilang dari pandangan hijab ini. Merah yang sudah sekian lama tidak memberi rasa hangat pada hati tatkala dibidas kesejukan sinis kehidupan. Merah yang telah lama menyepi dari memberi keselesaan tatkala hati dirudum rasa gundah dan suram. Merah. Aku mahu miliki merah itu. Aku perlukan merah itu.

Tuesday, December 16, 2014

Buka Mata Pandang

Kejamnya manusia bila mata buta tidak dapat melihat apa yang perlu, sebaliknya celik memandang apa yang hendak. Maaf untuk segala sakit yang terpaksa dihadam dan segala pahit yang terpaksa ditelan. Takkan disiakan bertahun lamanya perit yang diredah. Tapi tunggu sebentar. Mahu betulkan niat dan hasrat. Mahu betulkan diri sebelum boleh ketuk pintu hati. Tunggu sebentar. Bila sudah sedia akal dan hati, tangan ini akan pikul yang jatuh agar bangun dan berdiri bukan di belakang, tapi di sisi hingga mati. 

In shaa Allah.

Sunday, October 5, 2014

Beza Antara Kita Dengan Depa

Usai solat sunat Aidil Adha dan khutbah ringkas, jemaah semua angkat bontot meninggalkan ruang solat. Aku perhati je beza antara kita dengan depa. Orang kita sebelum bangkit, salam tangan jemaah kiri dan kanan. Genggaman tangan kita longgar, salam pun sekejap je. Aku perhati para jemaah kita yang muka monyok semacam bila disalam. Mungkin tak cukup tidur malam semalam kot. Tapi berat sangat ke nak ukir senyuman tu? Leceh sangat ke nak salam lama-lama? Memang susah ek nak ambil masa untuk serap keberkatan di antara satu sama lain? 
Lepas tu aku tengok depa. Muka teruja semacam. Senyum panjang lebar sampai nampak setiap butir gigi yang ada. Disambut tangan kawan dihadapan. Kemudiannya peluk sambil cium pipi kiri dan kanan. Masa melangkah keluar masjid, masing-masing pimpin tangan. Jumpa lagi orang depa diluar, sengih panjang lebar dan bertukar senyuman serta pelukan. Orang depa ambil masa beramah mesra tapi orang kita kelam kabut masuk kereta pecut balik rumah. Inilah bezakan kita dan depa. Bezanya orang Melayu dan orang Bangladesh atau Nepal atau Pakistan atau apa-apa sajalah yang penting depa orang asing.
Nampak tak betapa matinya ukhwah sesama kita walaupun kita dok kat tempat tinggal kita sendiri.

Thursday, August 14, 2014

Expectations

Lower your expectations and you'll be happy with what you have. Maksudnya kau tak boleh gila bayang fikir yang kau boleh buat power gila kalau tak nanti kau jugak yang akan kecewa. Ya, aku dah rendahkan expectation aku. But still ada suara halus yang berbisik kata-kata bodoh mengyakinkan aku benda yang mustahil. I hoped miracle will happen like it usually did before but I guess my luck runs out entirely. Ini dah serupa macam zaman sekolah. Sekolah rendah skor power gila babi, lepas tu masuk sekolah menengah kecundang teruk. Aku dah dapat tilik benda ni akan terjadi sejak zaman diploma lagi. Cuma tak sangka yang tilikan aku betul-betul terjadi. Fak.

Siallah. Aku berjaga dari jam 12 tengah malam sampailah ke 10 pagi tercangak menghadap monitor laptop semata-mata untuk rasa palat terpalit di muka sendiri.

Sekarang ni aku bebal tak tau nak salahkan siapa. Ada banyak option sebenarnya. Pertama sekali aku salahkan diri sendiri. Sebab aku bangang belajar last minute dan buat assignment kucar-kacir. Bangang jugak sebab terlalu mengharapkan skil meniru yang tak boleh guna pakai langsung dalam dewan. But then aku tersentak bila fikir yang aku tak perlu meniru kalau lecturer aku reti ajar. Ya, yang keduanya aku salahkan lecturer. Tenaga pengajar yang bagi aku kerjanya makan gaji buta. Kenapa aku cakap macam tu? Setiap semester ada 14 minggu dan setiap minggu ada satu kelas bagi setiap subjek, so 14 kelas untuk setiap subjek dalam satu semester lah kan. Tapi kalau masuk kelas pun enam kali je, ilmu apa je yang aku dapat serap masuk dalam kepala otak ni? Itu pun kalau betul lecturer tu datang kelas untuk mengajar. Pesen yang masuk kelas pastu bercerita non-stop selama tiga jam yang buat aku sakit hati sungguh. Inilah namanya makan gaji buta. Ohh kasi alasan OBE? Nice. Ini boleh buat alasan yang ketiga. OBE kejadah kalau syllabus kucar-kacir dan nota macam reban ayam masuk musang? Berterabur. Explanation takde sebab nak mengharapkan imaginasi para pelajar ke? Nanti kalau para pelajar guna imaginasi sendiri dan hentam tak kena gaya karang salah pulak sebab tak ngam dengan apa yang lecturer tu fikirkan. Nak pelajar belajar sendiri tapi guidance pun macam, haihh. Serabut course ni. Dan itu menimbulkan persoalan baru. Keempat, kenapa aku pilih course ni? Walhal aku lagi minat course yang lagi satu tu. Jawapannya aku seorang je yang tau.

Aku bebal gila babi sebab tak tau nak salahkan siapa. Nanti mulalah ada yang nasihat kata tak baik salahkan orang lain ini semua salah sendiri yadda yadda yadda. Well, pergi mampus. Aku stress gila babi sekarang ni dan aku tak tau nak cari siapa untuk kasi comfort kat aku. Orang mungkin akan membebel di belakang cakap ah bersyukur je lah tak payah nak kalut sangat. Fak. Kau tak tau pasal aku so kau diam. Bila kau selesa duduk kat tempat yang terlalu tinggi lepas tu kau kecundang ke ground zero, kau rasa pitam. Kau rasa kabur dan segala hala tuju hidup kau mula pudar dan kau jadi malas dan hati kau rasa unmotivated. Besides, aku dah terlepas peluang nak berdiri di antara kedua-dua orang tua aku dengan selempang pink tersemat kemas di bahu. Dan kali ni, peluang tu hilang sekali lagi. Gosh I'm such an idiot.

Friday, June 20, 2014

Funny Thing

Funny thing about humans is that they are so fucking arrogant. Jenis yang berlagak tak nak mengaku salah sendiri. Otak tu benak dek ego yang bersarang tak dibuang. Bebal tahap dewa. Tak reti nak serik. Buat kesilapan yang sama berulang-ulang kali dengan rasa gah bahawa maaf boleh settle semua. Apa lancau? Buat salah, mintak maaf. Boleh dipertikai lagi. Buat salah lagi, mintak maaf lagi. Still considerable but arguable. Buat salah berpuluh kali berderet-deret dan tanpa rasa malu atau bersalah kau cakap "mintak maaf" tanpa fikir yang diri kau tu salah, sorry to say but it's too much. Kau menapak dengan makhluk yang korup terlalu lama sampaikan muka tak bersalah kau tu adalah satu-satunya benda yang buat aku tak sampai hati nak hentak guna tapak kasut. Hakikat di sebalik sekeping kertas putih tersembunyi hakiki di mana betapa dajalnya ketamakan ego manusia yang tak akan pernah serik walaupun dah berkali-kali ditibai perintis setan, tapi dikutip semula dan dilayan enak bagai anak raja tanpa kira segala cela pada tubuh badan. Berlagak, egois, benak, tak reti serik dan tak akan pernah bersyukur.

Tuesday, April 29, 2014

Kenapa?

Pernah tak kau persoal kenapa tuhan turunkan kau di dunia yang serba kejam ni? Kau boleh je hidup bersenang lenang di syurga tanpa perlu hiraukan sebarang masalah duniawi. Jadi kenapa kau dihidupkan? Pernah tak terasa nak bunuh diri? Nak tamatkan nyawa supaya boleh terputus hubungan dengan dunia kejam ni? Supaya boleh terlerai dari segala masalah. Tapi takut dengan azab neraka kan? Jadi kenapa aku ni perlu wujud? Kenapa? Aku teringin sangat-sangat untuk tak wujud. Bukan mati. Sebab aku tahu menggunung catatan di bahu kiri yang membuatkan aku menjadi calon utama sebagai penghuni neraka. Sejujurnya aku rasa kewujudan aku ni tak beri apa-apa impak pun pada makhluk yang lain. Aku rasa kalau aku ada atau tak, tak akan beri apa-apa beza. Jadi kenapa aku wujud? Kenapa?

Wednesday, April 16, 2014

Mulut

Ada mulut kan? Lengkap tanpa sebarang sumbing kan?

Diam.

Tak perlu nak dihebah segala perkara. Ada sesetengah perihal patut dipendam antara yang tersabit sahaja. Tak perlu nak jaja ke telinga makhluk lain.

Aku benci.

Aku benci tiap kali bertentangan matadengan  makhluk yang berkemungkinan besar sudah telan dan hadam segala cerita berkenaan dengan aku. Tiap aku bertentangan mata, aku lihat makhluk itu nilai aku. Nilai menggunakan persepsi kolot yang sedikit pun tak kisah apa yang aku nak hamburkan.

Haha.

Aku hamburkan guna jejari. Buat apa nak jaja dari mulut ke telinga. Makhluk bernama manusia ini hipokrit belaka. Reaksi wajah acah-acah prihatin, dalam hati tuhan sahaja yang tahu apa yang manusia ini bebelkan. Entah maki entah hamun. Nak sahaja aku persetan tapi ini perihal penting. Perihal yang aku harapkan boleh dikendong sampai mati.

Aku tak mahu ada makhluk bernama manusia pikul tugas syaitan, tiba-tiba sahaja mahu hasut itu ini. Aku tak mahu dicampuraduk oleh orang lain. Cukup dengan yang ada kena mengena sahaja. Cukup. 

Diam.

Sunday, February 23, 2014

IM110 Sem 5

Yeah let's cut straight to the chase. We all know how this entry gonna start and end. Mari aku bebelkan perihal sem 5. Kemonnn.

Okay, so, sem 5 ni ada enam subjek je. Sama macam sem 4 dulu.

The first subject is IMD301 @ Introduction to Cataloging. Lecturer bagi subjek ni ialah Miss Noor Azreen Binti Alimin...lagi. Hahha. Subjek ni tak banyak belajar teori. Cuma kena banyak buat latihan praktikal berkenaan dengan cataloging. Students diwajibkan beli kitab AACR2 yang aku sarankan mana-mana gym supaya letak di premis depa sebagai peganti dumbbell. Berat nanang kitab nih. So, kitab AACR2 ni berfungsi sebagai satu manual yang membimbing para pengguna untuk mengkatalog sesuatu penerbitan mengikut tertib dan aturan beserta undang-undang yang betul. Skema teruk ayat aku. Kalau tak silap aku, subjek ni takde individual assignment langsung. Kalau tak silap aku lah. Aku pun dah lupa sebab buat entry ni lambat sangat. Yang pasti ada group assignment yakni final project yang besar kaw-kaw. Final project ni terdiri daripada tiga jenis task. Task yang pertama kena buat article review apa benda entah. Task yang kedua kena nyatakan access point beserta heading bagi 100 jenis terbitan yang dah disediakan. Yup, 100 JE. Task yang ketiga pulak kena buat catalog dalam bentuk linear, brief dan brief with rules bagi beberapa jumlah buku, majalah, jurnal, kaset dan CD. Best sebenarnya subjek ni sebab tak payah menghafal banyak benda. Lagipun kitab AACR2 tu boleh bawak masuk dalam dewan exam. Muehehe.

The second subject is IMD302 @ Foundation of Archives. Lecturer yang mengajar aku subjek ni dulu ialah Madam Siti Aishah Binti Mokhtar. Subjek ni sama macam apa nama dia, dia pasal teori asas arkib. Simple je subjek ni sebenarnya. Tapi dia ada tiga assignment. Yup, tiga JE. The individual assignment requires students to establish a term paper based on the titles given by the lecturer. Contohnya, preservation and conservation of archival materials. So carilah apa saja dan berapa jenis artikel yang relevan dengan tajuk berkenaan dan karanglah satu term paper yang mengandungi 5000 patah perkataan. Yup, 5000 JE. Make sure lah term paper tu ada bincangkan isu terkini, cabaran beserta solusi untuk permasalahan yang timbul. Group assignment pulak kena buat satu case study berkenaan dengan arkib tertentu. Contohnya aku pilih Memorial Tun Hussein Onn. So aku kena pergi ke memorial tu dan conduct research. Kemudian buat satu report berkenaan research tu. Dalam report tu aku kena nyatakan mengenai peranan arkib tu, tenaga kerja, jenis bahan arkib, sistem pengkodan, yadda yadda yadda. Assignment yang ketiga lebih kurang sama macam group assignment. Bezanya satu kelas kena buat. First of all satu kelas gerak pergi buat research di Arkib Negara dan Muzium Negara. Lepas buat kajian, tanya itu ini, ambil gambar, soal jawab, balik, buat report. Dalam report tu kena la nyatakan tentatif academic visit, penemuan, sesi-sesi kajian yang pihak arkib dan muzium tu sediakan. Kiranya kena cerita je lah apa yang dah jadi masa kajian tu...kot. Hehe.

The third subject is IMD306 @ Management of Libraries and Resource Centers. Leturer yang mengajar subjek ni ialah Madam Nur Shaliza Binti Sapiai. Subjek ni 88% sama macam MGT162. Bezanya MGT162 fokus pasal company management tapi IMD306 fokus kat library dan resource center je. Subjek ni memang susah kaw-kaw sebab sebijik sama macam MGT162. Teori je memanjang. Bab assignment untuk subjek ni aku longlai sikit. Madam kasi satu je group assignment. Kena buat compilation bagi tiga chapter yang terdapat dalam silibus pembelajaran. Baca dan permudahkan tiga-tiga chapter tu dalam bentuk Microsoft Word dan kemudiannya persembahkan kepada rakan-rakan sekelas. Selesai.

The fourth subject is IMD307 @ Reference and Information Services for Information Agencies. Subjek ni Sir Abdul Rashid Bin Zakaria yang ajar. Subjek ni pasal reference department yang terdapat di dalam library. Asas-asas prinsip seorang librarian yang bertugas kat department ni beserta bahan yang dia refer untuk membantu para pengguna, semuanya diajar. Individual assignment mudah je. Students kena sediakan satu soalan, pastu cari jawapan tu dari setiap jenis reference sources. Mudah je kan? Group assignment pulak pelik sikit. Students kena pilih satu topik. Tapi topik tu kena mengandungi dua jenis konsep. Contohnya, entrepreneurship and economy. Kemudiannya cari sebarang jenis artikel yang berkenaan dengan topik tu melalui OPAC atau sebarang jenis database. Cari artikel di dalam format buku, jurnal, kertas persidangan, internet, yadda yadda yadda. Then nyatakan dengan tertib setiap strategi yang digunakan untuk cari bahan-bahan terbabit.

The fifth subject is IMD308 @ Extension Services for Information Agencies. Lecturernya ialah Miss Amira Idayu Binti Mohd Shukry. Subjek ni pasal segala jenis extension services yang pihak library organize dan kendali untuk tarik perhatian para pengguna. Individual assignment dia suruh kita pilih satu library pastu terangkan pasal extension services yang depa buat. Mudah je. Aku buat dalam satu malam. Hehe. Group assignment pulak kena buat dua benda, proposal dan report. Cerita dia macam ni. Kita dalam satu kumpulan kena establish satu extension service yang lain daripada yang lain. So, kita kena buat satu proposal untuk terangkan pasal program tu, tentatif dia beserta bajet. Kemudiannya bila lecturer luluskan proposal tu, kita buat la report kononnya lepas program tu berlangsung. Bukan buat program betul-betul ya. Ni semuanya angan-angan saja. Tapi tahap kualiti proposal dan report mestilah tip top seolah-olah macam nak buat betul-betul. Serious talk nih.

The sixth and the last subject is ENT300 @ Fundamentals of Entrepreneurship. Lecturer yang mengajar subjek ni err err aku tak ingat nama dia. Tapi dia lecturer course business...kot. Yang pasti dia lelaki. Sorry, sir. Saya terlupa nama sir. Sobs. Subjek ni pasal perusahawanan. Teori semata-mata berkenaan dengan business principals and establishments. Aku paham 20% je pasal subjek nih. Hehe. Ada satu je assignment yakni group punya. Students dikehendaki untuk establish satu company dan jugak business. Contohnya, frozen food. Then based on the syllabus, buatlah satu report penuh mengenai permulaan, jenis, flow, product, budget dan segala benda mengenai business tu. Report ni mestilah seolah-olah suatu jenis pembentangan untuk yakinkan orang berkenaan kestabilan bisnes tu.

Sekian, sama-sama. Huehuehue.