Monday, December 14, 2015

Akronim

Seringkali aku memejam mata
Igauan lampau mulai menjelma
Terukir perit ingatan lama
Ingin sahaja aku putarkan masa
Namun kau muncul tanpa aku sedar
Untuk aku fahami bahawa
Rupanya kaulah yang sebenar
Zaman berzaman kau membisu
Ungkapkan sahaja mengapa kau diam
Lihat aku berdiri di sini
Aku pasti sesungguhnya pasti
Ini bukan seperti dahulu
Kerana aku yakin
Aku mahu merah itu

No comments:

Post a Comment