Thursday, September 29, 2011

Masih Lagi Terkilan

Tanggal 28 September 2011, aku kehilangan seorang sahabat. Nama dia Hasnizawati Binti Othman or Niza for short kalau sesiapa panggil dia Wati, nahas lah jawabnya. Hehek. Aku kenal dia kat sini, UiTM Machang ni lah. Saat pertama kali aku bertemu si arwah, waktu 1st time aku masuk kelas. Yup, dia sekelas dengan aku. In fact, she’s the treasurer of the class. Seminggu aku kat dalam kelas tu, dia dengan so call as her twin, Wani yang selalu dok bising-bising kat dalam kelas. Tu la pasal diorang jadi class rep and treasurer.

Perwatakan Niza nih, let get this straight yaa. Dia seorang yang tegas, garang dan agak boyish. Namun di dalam, dia seorang yang baik, caring dan pentingkan sahabat. Aku ingat lagi wktu program MII yang dianjurkan dulu, dia ada hentak aku pakai tiga buah buku yang tebal gila kat bahu kiri. Sampai sekarang aku terasa lagi sengatnya. Hukhuk. Aku jugak ingat lagi saat-saat si arwah mintak duit kat classmates. Meme garang, kadang-kadang aku pun cuak jugak. But it’s her style, and I’m okay with that.

Kali terakhir aku berjumpa dengan Niza, hari sebelum dia meninggal yakni petang 27 September 2011. Kitorang jumpa macam biasa, siap ada Safwan, Wani, Syali and Jeff. That time, dia okay je. Sempat bergurau senda, siap dia ligan aku lagi tu. But who knows that was the last time for me to joke around with her. Haih.

Tanggal 28 September 2011, aku tidur lewat. Pukul 10AM baru aku lelap. Tiba-tiba pukul 2PM aku dikejutkan oleh Safwan kat sebelah aku. Dengan mata yang masih mamai, aku dengar dia cakap “Afiq, tadi Wani call aku. Dia kata Niza dah meninggal. Dia dah meninggal!”. Aku mengeluh, aku kata tu semua prank je. Sungguh-sungguh aku cuba yakinkan Safwan bahawa tu semua satu penipuan. Aku siap suruh Safwan call Wani, and aku try nak bongkarkan prank tu. Last-last, terdetik rasa hati bahawa mungkin tu semua benar. So, aku ajak Safwan, Jimmy, Jaa dan Pijoe pi Hospital Machang.

Sampai kat sana, wajah-wajah yang suram je yang aku mampu lihat. Ya, memang Niza dah meninggal dunia. Aku rasa bodoh gila sebab tak percaya awal-awal. Wani kata, diorang yang berjumlah 13 orang pi mandi kat Jeram Linang. Aku tak berapa nak pasti dengan cerita sebenar yang banyak ditokok tambah. Yang aku tau, Niza dan seorang lagi kawan dia pi terjun kat tempat yang dalam. Kawan dia berjaya timbul, tapi Niza...hmm. Orang keliling amik masa at least 10 minit untuk cari Niza yang lemas time tu. Lepas ketemu, dia dah tak sedarkan diri. Sampai je kat hospital, Niza dah meninggalkan kami semua. Innalillah.

Waktu tunggu kat rumah mayat tu, aku dapat lihat banyak wajah-wajah sayu yang muncul. Banyak mata yang penuh digelinangi air mata yang diisi rasa suram dari hati. Banyak kawan-kawan yang datang, even para senior dan lecturer pun ada mai jugak.

Tepat jam 8PM, jenazah Niza berjaya sampai di Pusat Islam UiTM Machang. Aku dan kawan-kawan sempat menunaikan solat jenazah sebagai tanda penghormatan terakhir pada si arwah. Lepas habis, ambulans hantar jenazah Niza kembali pada family dia yang memang ternyata penuh dengan rasa duka di Ipoh, Perak.

Niza pernah tolong aku selesaikan masalah yang berlaku akibat daripada perbalahan antara aku dengan Wani dan Izaty. Aku tak sempat nak ucapkan trimas kat dia.

Dah sehari Niza meninggalkan kami semua, tapi aku masih lagi penuh dengan rasa terkilan.

Selaku seorang sahabat, aku hanya mampu mengucapkan kata-kata duka beserta dengan takziah kepada keluarga Niza. Aku  harap, roh Niza akan dicucuri rahmat daripada Allah SWT dan moga-moga ditempatkan di tempat orang-orang beriman di sampingNya. Al Fatihah.


Monday, September 26, 2011

Tips-tips Untuk Meniru Waktu Exam

Musim exam!!!!! PMR, SPM and STPM dah nak dekat!!!!! Apa aku kisah? Aku dah lepas semua tu maa. Except for STPM lah, sebab aku takdak nafsu nak masuk form 6. Bhahaha! TAPI! Sebagai seorang warganegara Malaysia produktif lagi inovatif dalam bab-bab negatif nih, aku akan share serba sedikit tips utk meniru time exam. Mwahahaha! xD

Tips yang pertama:
15 minit sebelum hangpa nak masuk dalam dewan exam, hangpa makan lah ubi bakaq banyak-banyak (bukan ubi Che Bakaq naa). Makan sampai sendat ulu hati yang penuh dengan bintik-bintik hitam tu haa. Bila dah masuk dalam dewan, mesti ubi bakaq tu dah selesai proses penghadamannya (cewahh macam pakar nutrisi nuhh). Hangpa tau tak natijah makan ubi bakaq banyak-banyak? BOM NUKLEAR AKAN TERHASIL! Hangpa tahan kentut tu dekat setengah jam, biaq bau dia mereput kat dalam rectum hangpa and then KABOOOM!!! Lepaskan segala gas kat persekitaran dalam dewan exam tu. Manusia normal biasanya takkan dapat tahan bau ni untuk masa 10 saat so, dewan tu mesti kosong dalam masa kurang daripada 0.06 saat. Dah tau dewan kosong, hangpa pun apa lagi, pi la cilok paper jawapan orang lain. Agagaga! xD

Tips yang kedua:
Agak-agak kalau pengawas dewan exam tu ada sediakan topeng jerebu untuk setiap student lepas hangpa kentut tu, jangan putus asa! Tips yang kedua sedia membantu. Hoho! Waktu exam tengah dijalankan, hangpa buat la tidoq. Buat-buat je, jangan pulak tidoq betul-betul. Kang aku mai tabuh kepala hangpa baru hangpa tau erti penyesalan haa. Lepas agak-agak orang semua percaya yang hangpa dah lena dibuai mimpi basah, hangpa buat-buat mengigau. Tapi ni bukannya mengigau ala-ala gewe hangpa nak lari dengan orang lain, takkk! Hangpa mengigau tahap dewa punya, siap ada benda apa yang omputeh cakap tu, sleepwalking haa. Hangpa tawaf ah 13 kali tang keliling dewan exam tu, sambil tu intai sikit-sikit paper jawapan budak-budak pandai. Don’t worry, pengawas takkan kejutkan hangpa punya lah. Sebab depa pun tau tak elok sergah orang yang tengah tidoq, karang roh tak sempat nak mai masuk balik dalam badan. Kekeke.

Tips yang ketiga:
Ni tips yang boleh menjamin kecemerlangan di dunia yang fana tapi mengundang kecelakaan di hari akhirat kelak haa. Hangpa pi la cacah tatu nota tang tubuh badan hangpa. Contoh dia macam nih, kalau hangpa cacah tatu tang betis, simple ja. Time hangpa nak tengok nota tu, hangpa buat-buat la nak garu kudis. Pengawas exam takkan mai check kudis hangpa sebab dia pun tak jahil sangat smpai nak usha benda alah tu. Tapi make sure ah yang hangpa tebas dulu bulu betis tu. Kalau lebat-lebat sangat, karang payah nak selak satu per satu. Maybe sesetengah daripada hangpa tak suka nak aniaya bulu betis so don’t worry. Dua bulan sebelum exam start, hangpa cabut setiap kuku yang wujud kat tangan hangpa tu. Then hangpa cacah la tatu kat kulit bawah kuku tu. Lepas dua bulan, kuku akan tumbuh tapi tatu tu takkan pudar. Thanks to the transparency of the kuku, hangpa still boleh baca nota yang tersemat di kuku.
(P/S: Kaedah ni tak sesuai untuk mereka-mereka yang lemah jantung, wanita hamil, orang yang kudung kaki serta tangannya dan juga penternak cagu-cagu baka Malaysia.)

Tips yang keempat:
Hangpa try lah berkompromi dengan kawan-kawan hangpa yang cendekiawan nano nano. Ni maksudnya try lah mintak jawapan kat depa. Cara nak mintak jawapan tu senang je. Andaikata hangpa tersangkut kat soalan satu, hangpa kentut lah satu kali. Tapi kalau tersangkut kat soalan 49, hangpa teran lah kentut hangpa tu (biaq tercirit pun takpa) sampai cukup 49 kali. Yang pasti, pungkok akan pedih merana terseksa batin dan jiwa. Bagi si pemberi jawapan pulak, bila dah dapat isyarat gas tersebut, cepat-cepat la cari jawapan. Time nak bagi jawapan ni pun senang jugak. Kalau jawapan tu ‘A’, buat-buatlah tengah bedai lalat “WATCHHAAAAA!”. Kalau ‘B’, buat-buatlah melatah “EH BABI!”. Kalau ‘C’, buat-buatlah tegur pengawas exam tu “EHEMM, TU AIR LIUR BASIIIIIIII DOK MeLELEH TU”. Dan kalau ‘D’, buat-buatlah yang hangpa tengah maki hamun diri sendiri “DEYY! ITU PUN AKU BOLEH TERLUPA KA DEYY!?”. Dan kalau kawan yang nak bagi jawapan tu bisu, jangan gusar! Suruh je dia tulis jawapan kat satu kertas kajang, peronyok-ronyokkan and bagi kat hangpa. Kalau pengawas marah hangpa, hangpa cakap je lah “Dia dah tak mau pakai kertas tu, so dia bagi lah kat saya supaya saya yakni mnusia yang telah banyak berhutang budi pada bumi bertuah ini dapat meng-recycle-kan kertas itu kembali. Save the earth machaaa!”. Nescaya pengawas tu akan tergamam lantas terdiam sambil menepuk-nepuk tangan dengan air mata yang bergelinangan.

Bhahaha! Goldie luck for your exam, geeks! x)

Friday, September 23, 2011

Chaiyok Chaiyok Hwaiting Go Go Go Power Rangers Afiq

Me wanna do so demm well this time! Jyeahhrung! Tu lah azam baru yang memang ternyata baru aku jumpa sekejap tadi, bhahaha! xD

Lepas aku tengok carry mark untuk course IMD102, I can see that I’m not a dumb person. Gua tak bodoh sangat gua cakap luuu! Hahak! I got 35/40, yang highest kat dalam kelas aku woo. Mode sombongbongkakriakdantakbur sekarang nih. Tapi markah ni telah mentriggerkan suatu jenis pemikiran matang kat dalam diri aku.

Sedar tak sedar, aku banyak menyimpang jauh dari harapan yang telah mak dan abah tanam kat aku. Diorang harapkan setiap anak-anak diorang success dalam hidup. Dan kalau nak success, kena la ada ilmu. Mak selalu cakap, 


“Chik, dah besaq nanti jangan kerja macam abah hang tu. Kerja susah, pagi sampai ke petang masuk dalam hutan. Bahaya! Dulu sebelom abah naik pangkat, hidup kita susah sangat-sangat. Hang ingat lagi kan? Chik belajaq lah rajin-rajin, dapatkan kerja yang elok. Ni semua bukan untuk mak, tapi untuk hang dengan anak bini hang jugak. Tengok abah hang, berhempas pulas cari rezeki untuk sapa? Untuk hangpa belajaq jugak kan?”.

Yup, mak akan ulangsiar benda yang sama tiap-tiap kali exam aku nak dekat and time aku dapat result teruk.

(P/S: Abah aku kerja sukat tanah yep. Kebiasaannya, lot tanah tu terletak kat dalam hutan. Cer korang bayangkan, dua tiga orang kena sukat kawasan yang gila babeng punya luas kat dalam hutan yang semak nak mampos. Aku tak yah bayangkan pun takpa, sebab aku pernah kerja sekali dengan abah. Memang pergghhhnat!)

Back to the golden past time, waktu aku darjah 1, aku dapat nombor 1 kat dalam tingkatan. Diorang panggil aku budak pandai. Tapi aku tak paham apa-apa time tu. Time tu memang seriously aku takdak life langsung. Kawan tak ramai, yang aku tau membuku je. Bila aku meningkat dewasa, buku aku lupa, kawan yang aku cari. Masuk sekolah menengah memang aku dikategorikan budak bodoh kat dalam kelas ah. Waktu form 1 sampai form 4, aku asyik dapat nombor 15–30 dalam lingkungan classmate yang berjumlah 35–45 orang. Waktu form 5 lagi lah mcm hampeh! Asyik-asyik dapat nombor last kat dlm kelas. Yup, aku lah budak yang paling BODOH kat dalam kelas!

Tapi sekarang! Demi masa depan aku, mak abah aku and future family aku, aku akan study stok gila babeng punya lah! Mari tekad tanam semula imej budak pandai tu kat dalam diri budak bodoh nih! Jyeahhrung! That’s my oath to myself! Chaiyok chaiyok hwaiting go go go power rangers Afiq! You can do it! ^^