Tuesday, November 3, 2015

TIDAK MENGAPA

Mata aku barai,
Tubuh aku longlai,
Mental aku koyak, 
Hati aku rabak. 

Tapi tidak mengapa, 
Aku baik-baik sahaja. 
Kerana rebah dan tersungkur, 
Aku harus akur. 

Datang hanya bila bertujuan, 
Itulah manusia dan penipuan, 
Bila masalah datang menjelma, 
Lari dan lesap entah ke mana. 

Hadam ini baik-baik, 
Aku ini tidaklah baik, 
Tapi aku sedar khilaf dahulu, 
Jadi aku mahu jadi yang baru. 

Namun kau lesap bak wasap, 
Rembulan hilang langit gelap, 
Aku terduduk bodoh sahaja, 
Fikir apa lagi khilaf yang ada. 

Hidup segan mati tak mahu, 
Hendak ditangis tiada bahu, 
Tapi tidak mengapa, 
Kerana aku baik-baik sahaja. 

No comments:

Post a Comment