Monday, December 22, 2014

Merah

Dan wajahnya bertukar merah padam pabila diusik. Merahnya lain. Bukan seperti buah delima, bukan seperti kelopak mawar. Merahnya ada emosi. Emosi yang kian lama terpendam mulai timbul serentak keluar pada kulit wajah yang mulus. Aku ingat merah itu. Aku imbas perihal lepas dan aku ingat, itulah merah yang telah lama hilang dari pandangan hijab ini. Merah yang sudah sekian lama tidak memberi rasa hangat pada hati tatkala dibidas kesejukan sinis kehidupan. Merah yang telah lama menyepi dari memberi keselesaan tatkala hati dirudum rasa gundah dan suram. Merah. Aku mahu miliki merah itu. Aku perlukan merah itu.

Tuesday, December 16, 2014

Buka Mata Pandang

Kejamnya manusia bila mata buta tidak dapat melihat apa yang perlu, sebaliknya celik memandang apa yang hendak. Maaf untuk segala sakit yang terpaksa dihadam dan segala pahit yang terpaksa ditelan. Takkan disiakan bertahun lamanya perit yang diredah. Tapi tunggu sebentar. Mahu betulkan niat dan hasrat. Mahu betulkan diri sebelum boleh ketuk pintu hati. Tunggu sebentar. Bila sudah sedia akal dan hati, tangan ini akan pikul yang jatuh agar bangun dan berdiri bukan di belakang, tapi di sisi hingga mati. 

In shaa Allah.