Sunday, February 23, 2014

IM110 Sem 5

Yeah let's cut straight to the chase. We all know how this entry gonna start and end. Mari aku bebelkan perihal sem 5. Kemonnn.

Okay, so, sem 5 ni ada enam subjek je. Sama macam sem 4 dulu.

The first subject is IMD301 @ Introduction to Cataloging. Lecturer bagi subjek ni ialah Miss Noor Azreen Binti Alimin...lagi. Hahha. Subjek ni tak banyak belajar teori. Cuma kena banyak buat latihan praktikal berkenaan dengan cataloging. Students diwajibkan beli kitab AACR2 yang aku sarankan mana-mana gym supaya letak di premis depa sebagai peganti dumbbell. Berat nanang kitab nih. So, kitab AACR2 ni berfungsi sebagai satu manual yang membimbing para pengguna untuk mengkatalog sesuatu penerbitan mengikut tertib dan aturan beserta undang-undang yang betul. Skema teruk ayat aku. Kalau tak silap aku, subjek ni takde individual assignment langsung. Kalau tak silap aku lah. Aku pun dah lupa sebab buat entry ni lambat sangat. Yang pasti ada group assignment yakni final project yang besar kaw-kaw. Final project ni terdiri daripada tiga jenis task. Task yang pertama kena buat article review apa benda entah. Task yang kedua kena nyatakan access point beserta heading bagi 100 jenis terbitan yang dah disediakan. Yup, 100 JE. Task yang ketiga pulak kena buat catalog dalam bentuk linear, brief dan brief with rules bagi beberapa jumlah buku, majalah, jurnal, kaset dan CD. Best sebenarnya subjek ni sebab tak payah menghafal banyak benda. Lagipun kitab AACR2 tu boleh bawak masuk dalam dewan exam. Muehehe.

The second subject is IMD302 @ Foundation of Archives. Lecturer yang mengajar aku subjek ni dulu ialah Madam Siti Aishah Binti Mokhtar. Subjek ni sama macam apa nama dia, dia pasal teori asas arkib. Simple je subjek ni sebenarnya. Tapi dia ada tiga assignment. Yup, tiga JE. The individual assignment requires students to establish a term paper based on the titles given by the lecturer. Contohnya, preservation and conservation of archival materials. So carilah apa saja dan berapa jenis artikel yang relevan dengan tajuk berkenaan dan karanglah satu term paper yang mengandungi 5000 patah perkataan. Yup, 5000 JE. Make sure lah term paper tu ada bincangkan isu terkini, cabaran beserta solusi untuk permasalahan yang timbul. Group assignment pulak kena buat satu case study berkenaan dengan arkib tertentu. Contohnya aku pilih Memorial Tun Hussein Onn. So aku kena pergi ke memorial tu dan conduct research. Kemudian buat satu report berkenaan research tu. Dalam report tu aku kena nyatakan mengenai peranan arkib tu, tenaga kerja, jenis bahan arkib, sistem pengkodan, yadda yadda yadda. Assignment yang ketiga lebih kurang sama macam group assignment. Bezanya satu kelas kena buat. First of all satu kelas gerak pergi buat research di Arkib Negara dan Muzium Negara. Lepas buat kajian, tanya itu ini, ambil gambar, soal jawab, balik, buat report. Dalam report tu kena la nyatakan tentatif academic visit, penemuan, sesi-sesi kajian yang pihak arkib dan muzium tu sediakan. Kiranya kena cerita je lah apa yang dah jadi masa kajian tu...kot. Hehe.

The third subject is IMD306 @ Management of Libraries and Resource Centers. Leturer yang mengajar subjek ni ialah Madam Nur Shaliza Binti Sapiai. Subjek ni 88% sama macam MGT162. Bezanya MGT162 fokus pasal company management tapi IMD306 fokus kat library dan resource center je. Subjek ni memang susah kaw-kaw sebab sebijik sama macam MGT162. Teori je memanjang. Bab assignment untuk subjek ni aku longlai sikit. Madam kasi satu je group assignment. Kena buat compilation bagi tiga chapter yang terdapat dalam silibus pembelajaran. Baca dan permudahkan tiga-tiga chapter tu dalam bentuk Microsoft Word dan kemudiannya persembahkan kepada rakan-rakan sekelas. Selesai.

The fourth subject is IMD307 @ Reference and Information Services for Information Agencies. Subjek ni Sir Abdul Rashid Bin Zakaria yang ajar. Subjek ni pasal reference department yang terdapat di dalam library. Asas-asas prinsip seorang librarian yang bertugas kat department ni beserta bahan yang dia refer untuk membantu para pengguna, semuanya diajar. Individual assignment mudah je. Students kena sediakan satu soalan, pastu cari jawapan tu dari setiap jenis reference sources. Mudah je kan? Group assignment pulak pelik sikit. Students kena pilih satu topik. Tapi topik tu kena mengandungi dua jenis konsep. Contohnya, entrepreneurship and economy. Kemudiannya cari sebarang jenis artikel yang berkenaan dengan topik tu melalui OPAC atau sebarang jenis database. Cari artikel di dalam format buku, jurnal, kertas persidangan, internet, yadda yadda yadda. Then nyatakan dengan tertib setiap strategi yang digunakan untuk cari bahan-bahan terbabit.

The fifth subject is IMD308 @ Extension Services for Information Agencies. Lecturernya ialah Miss Amira Idayu Binti Mohd Shukry. Subjek ni pasal segala jenis extension services yang pihak library organize dan kendali untuk tarik perhatian para pengguna. Individual assignment dia suruh kita pilih satu library pastu terangkan pasal extension services yang depa buat. Mudah je. Aku buat dalam satu malam. Hehe. Group assignment pulak kena buat dua benda, proposal dan report. Cerita dia macam ni. Kita dalam satu kumpulan kena establish satu extension service yang lain daripada yang lain. So, kita kena buat satu proposal untuk terangkan pasal program tu, tentatif dia beserta bajet. Kemudiannya bila lecturer luluskan proposal tu, kita buat la report kononnya lepas program tu berlangsung. Bukan buat program betul-betul ya. Ni semuanya angan-angan saja. Tapi tahap kualiti proposal dan report mestilah tip top seolah-olah macam nak buat betul-betul. Serious talk nih.

The sixth and the last subject is ENT300 @ Fundamentals of Entrepreneurship. Lecturer yang mengajar subjek ni err err aku tak ingat nama dia. Tapi dia lecturer course business...kot. Yang pasti dia lelaki. Sorry, sir. Saya terlupa nama sir. Sobs. Subjek ni pasal perusahawanan. Teori semata-mata berkenaan dengan business principals and establishments. Aku paham 20% je pasal subjek nih. Hehe. Ada satu je assignment yakni group punya. Students dikehendaki untuk establish satu company dan jugak business. Contohnya, frozen food. Then based on the syllabus, buatlah satu report penuh mengenai permulaan, jenis, flow, product, budget dan segala benda mengenai business tu. Report ni mestilah seolah-olah suatu jenis pembentangan untuk yakinkan orang berkenaan kestabilan bisnes tu.

Sekian, sama-sama. Huehuehue.