Saturday, October 19, 2013

Bad Luck Afiq

Mari aku bebelkan berapa banyak harta benda aku yang hilang yakni dicopet sepanjang dua tahun setengah aku berdiploma di UiTM Machang.

1. Tiga pasang selipar
2. Dua pasang seluar
3. Dua helai singlet
4. Dua helai T-shirt
5. Satu android
6. RM30

Kepada sekalian pencuri, aku sertakan bonus jari hantu bersama-sama barang aku yang telah hangpa curi. Oh ya, and fuck you.

Thursday, October 17, 2013

Tamat Diploma

Ahemm. Tepat pada tanggal 10 Oktober 2013, aku sudah pun dengan rasminya menamatkan sesi diploma program pengurusan maklumat yang berlanjutan selama dua tahun setengah. Dalam bahasa pailangnya, gua sudah cuci tangan maa. Hooray!

So aku cuma nak bebelkan betapa bertuahnya aku kerana terpilih untuk menjadi seorang mahasiswa di UiTM Machang yang terletak di tempat yang strategik gila oink oink. Kejap panas, kejap hujan, kejap kering, pastu BAMM! Tiba-tiba banjir. Boy, that escalated quickly.

Sesungguhnya aku akan merindui ramai kelibat makhluk yang bergelar manusia di sana. Pertama sekali aku akan merindui semua pensyarah aku. Tanpa diorang semua, aku takkan berjaya menyedut segala ilmu yang ada. Special thanks to Miss Azreen yang dah mengajar aku selama empat semester berturut-turut. Ibarat seorang kakak yang agak cool, sempoi tapi tegas at the same time. Banyak ajaran yang telah beliau berikan baik untuk akademik dan juga kehidupan. Tak lupa jugak kepada Ketua Koordinator Kursus yakni Puan Noor, serta para pensyarah yang lain seperti Miss Amira, Cik Tim, Sir Faiz, Madam Famiza dan lain-lain lagi. Tunjuk ajar yang diberikan in shaa Allah takkan disia-siakan.

Dan yang paling penting sekali of course lah member-member sekalian. Kebanyakannya aku dah anggap macam family sendiri. Roommates, sek-sek futsal, classmates dari kelas B dan C, batchmates dan jugak yang lain-lain. Memang payah la nak lupa semua. Setiap sekor ada gelagat yang memang sumpah lain daripada yang lain. Tiap-tiap satu memang istimewa dan unik dari sudut pandangan mata aku.

Memang payah la nak lupakan segala bentuk memori yang terhasil di UiTM Machang tu. Mulanya memang benci. Tak kenal maka tak cinta, kan? Klise teruk. Menu kafe yang hambar, court futsal yang jauh dan mahal, kolej kediaman yang selalu tak ada air, polis bantuan yang kerek, menu sahur yang serba daif, game LAN lapuk dan segala apa benda yang ada di sana, aku takkan lupakan. In shaa Allah aku akan ketemu lagi semua orang yang aku kenali kat sana (tapi sumpah tak mau sambung degree kat situ). Huehuehue.


Ni masa part 1. Time ni tengah bersiap-siap nak ke jamuan raya kolej TAR yang serba hambar.
BBQ pertama dengan sek-sek jate IM110 di Jeram Linang masa part 2.

Le roommates part 3 yang serba riuh semuanya.

Hok ni masa OPKIM pertama sekali yang aku join di Kuala Krai. Sek-sek ni memang gila habis.

Masa part 3 dulu kelas C kena buat program di Muzium Kraf Tangan KB. Baju kaler kuning sebijik macam nak buat perhimpunan Bersih.
Time ni BBQ part 3 yang paling happening. Aku pun tak tau pasaipa tapi memang syiok habis.

Hok ni masa karnival apejadah entah aku pun tak ingat. Di RTC KB. Ada Moots Pop Shuvit boh! :D

Trip Kelab Go-Kart di litar UUM. Memang berderau darah drive go-kart laju-laju nih.

Sek-sek yang acah-acah model masa dinner IMAGE. Aku paling hensem sekali. Huehuehue.

Sek-sek exco IMAGE yang rajin menggila.

OPKIM kedua yang aku join. Kali ni memang buat secara besar-besaran sampai cover tiga jajahan. Siap Dato' Sahol turun rasmikan bersama retis-retis yang lain. Ada Emma Maembong tapi sadis sekali tak dapat bergambar dengan dia. TT__TT

Yang ni OPKIM ketiga. IMAGE yang anjurkan di Kampung Menjual, Tumpat. Memang best sebab penduduk kampung spontan habis dan program pun santai je. Gua dapat tokwan angkat der! :D

Ini kat Memorial TAR. Masa ni dari Machang kitorang bertujuh drive sendiri ke KL ramai-ramai naik satu kereta. Cuak habis.

Sek-sek IM1105C yang setiap satunya ada kegilaan sendiri. Tak tau pasaipa kuning jadi trademark kelas kami. Tapi gua yang design baju tu. Aherherher.

Hok ni masa academic visit ke Arkib Negara dengan kelas-kelas yang lain. Presenting the handsome sek-sek group C dan D.

Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa yang terakhir. Gua duduk bersimpuh padahal yang perempuan semuanya beria berdiri di belakang.

Malam Pra-Graduasi. Ini bukannya bini-bini aku tapi sek-sek bisow kelas C. Muka juruh tapi gengster belaka. Lulz.

Rasanya ni program terakhir yang aku join kot. Bengkel Go-Kart. Yup, drive go-kart macam orang gila hasil pengaruh daripada game Need For Speed.

Tamat kisah diploma. Sekian. :]