Sunday, May 12, 2013

IM110 Sem 4

Okay, mic check one two. So, what about sem 4? Not much really. Banyak subjek yang lebih kurang sama dengan subjek sem 2. Well, maybe lebih detail ah. Unlike seperti semester-semester sebelum nih, kali ni ada enam subjek je. Hoorayyy! 

. . .

==" Yup, that's unnecessary. Okay, here we go.

The first subject is IMD252 @ Digital Resource Center. Lecturernya ialah Madam Nor Famiza Binti Tarsik. The one and only lecturer Perak yang mengajar aku! Wee~ So, this subject is basically about digital applications to information organizations. Dalam BM-nya, students akan belajar tentang penggunaan IT dan internet secara menyeluruh dalam sesebuah organisasi maklumat, contohnya library lah. Subjek ni akan ajar kaedah, kepentingan, contoh, faktor dan macam-macam lagi lah. Individual assignment mudah je. Kena buat macam thesis paper. Kena conduct research based on topic yang lecturer bagi. Then buat lah esei. Senanggg. Group assignment pulak kena buat satu flash player yang boleh digunakan untuk membantu proses pembelajaran. Contohnya buat flash player mengenai ABC, letak exercise sikit-sikit untuk bantu budak-budak tadika belajar. Then promote produk yang siap dibuat. Senanggg.

The second subject is IMD253 @ Organization of Information. Lecturernya ialah Madam Zaila Binti Idris. Subjek ni banyak mengajar mengenai tools yang digunakan oleh organisasi maklumat untuk retrieve materials yang depa ada. Get it get it? Senang cerita, library kan pakai catalog untuk memudahkan staff and users to search for specific materials. Haa, lebih kurang macam tu ah. Cuma lebih detail daripada apa yang aku terang sat tadi. Individual assignment memerlukan students untuk conduct research mengenai apa saja information organization dan huraikan mengenai retrieval tools yang depa pakai. Contohnya buat pasal library di UNITEN, then huraikan pasal OPAC yang depa sediakan. Simple je kan? Untuk group assignment pulak, students kena conduct research di mana-mana information organization. Pi sana, then buat kajian mengenai satu department. Contohnya bahagian circulation kan, so kaji la apa yang department tu buat. Cara kerja depa, staff, peralatan yang depa guna and so on. Ya Allah mudahnya kerja.

The third subject is IMD256 @ Management of Records Center. Lecturernya ialah Miss Noor Azreen Binti Alimin. Perghh, dah 3 sem berturut-turut Miss Azreen ajar aku. *salute* Subjek ni tentang pengurusan pusat record (translate sebijik-sebijik lulz). So students akan belajar tentang macam mana polisi nak bina records center, pengurusan bajet, keselamatan and so on. Kalau semester 2 dulu belajar macam mana nak handle rekod, yang ni macam mana nak handle records center tu. Kiranya jadi manager ah senang cerita. Individual assignment kena buat rumusan. Cari je apa-apa artikel berkenaan records center management dan buat rumusan mengenai artikel tu. Nampak mudah tapi payah. Group assignment pulak kena design satu pusat rekod yang sebenar. Kena la fikirkan mengenai tapak pembinaan, blueprint bangunan, staff, visi, misi, jenis pusat rekod, bajet dan polisi. Mungkin nampak susah, tapi sebenarnya aku agak enjoy buat benda alah nih. Lagi-lagi tang bajet tu. Kononnya aku ni billionaire lah tu. Lulz~

The fourth subject is IMD257 @ Information Technology Application in Information Agencies. Lecturernya ialah Madam Nur Shaliza Binti Sapiai. Subjek ni memang serius lebih kurang sama je macam IMD253. Bezanya IMD253 fokus mengenai traditional tools, mostly in printed form. IMD257 pulak fokus mengenai tools dalam bentuk elektronik. Dah nama pun IT, mestilah kena advance sikit. So students akan belajar ah serba sedikit mengenai sistem yang library pakai. Get it get it? Individual assignment mudah je. Lecturer bagi 15 terms, students kena cari dia punya definitions. Lain lecturer bagi lain assignment sebenarnya. Kalau tak silap aku, kelas lain kena compare 2 system yang library guna. Contohnya bandingkan ILMU dengan VTLS. Tak paham kan? Good. Group assignment pulak sebijik macam group assignment IMD253. Kena conduct research di library. Then pilih satu department. Bezanya kena huraikan mengenai segala IT yang department tu guna. Contohnya komputer, system, scanner dan segala mak nenek lagi.

The fifth subject is IMD258 @ Electronic Publishing. Lecturernya ialah Madam Huda Binti Hamidon. Subjek ni sumpah best. Kita kena belajar design itu ini pakai Adobe Photoshop, InDesign dan Illustrator. Gila best wehhh. Individual assignment kena design 3 benda alah iaitu business card, poster dan yearly planner. Style kan? Design lawa-lawa, print dan hantar kat lecturer. Group assigment pulak kena buat majalah yang mengandungi 24 muka surat. Kalau macam group aku dulu buat majalah mengenai game (oyeah bebeh!), so kitorang letak maklumat mengenai game dan gambar-gambar game tu. Serius best. Masalahnya kena labur banyak duit untuk print majalah tu guna laser printer on glossy papers. =="

The sixth subject is IMD259 @ Technical Support Service and Maintenance for Information Agencies. Lecturernya the most sporting Encik Zaffian. Tapi maaf, aku terlupa lagi full name lecturer lelaki (I'm so so so sorry sir). Kalau budak-budak medic belajar autonomi untuk mengenali tubuh badan manusia, kita budak-budak IM110 belajar IMD259 untuk mengenali isi dalam komputer. Subjek ni terlampaulah susah sampai Encik Zaf sendiri kata students diploma tak patut belajar subjek nih. Bayangkan, dalam masa 1 sem kita kena mahirkan diri mengenai komputer. Segala apa yang tersurat dan tersirat pada komputer tu, kita kena tau. Aku tak berani cakap banyak pasal subjek ni sebab aku masih lagi trauma. Wuu~ Individual assignment ada 3 bahagian. Actually, ni test sebenarnya. First, students kena pasang balik segala components yang dicabut pada motherboard untuk melengkapkan circuit system komputer tu. Second, students kena format komputer, agih proportion untuk hard drive dan install OS. Third, students kena pasang RJ45 cable. Tak paham? Good. Group assignment pulak kena buat research mengenai teknologi baru dalam dunia perkomputeran. Contohnya USB 3.0, processor baru atau android baru. Then bandingkanlah dengan generasi sebelumnya, terangkan kelebihan dan kelemahan benda alah tu.

Check the links below to read my rants about the previous 3 semesters.

No comments:

Post a Comment