Monday, August 12, 2013

Perihal 1 Syawal 1434

Assalammu'alaikum dan selamat hari raya Aidil Fitri yang mulia ampun maaf dipinta mensuci hening dosa setahun menghilang sekarang menjelang lalala~

Sedap kan aku nyanyi? Lulz.

Okay. Mari aku bebelkan perihal 1 Syawal 1434 sebab dah lama aku tak post entry baru di blog ni. Jadi aku mulakan dengan bismillahirrahmannirrahim.

Tang mana nak mulakan dulu hah? Aha! Aku mulakan pada malam raya yakni pada 7 Ogos 2013. Malam tu aku bajet nak ke uptown Taiping. Sebab malam raya, so aku agak tempat tu mesti penuh dengan kelibat manusia yang histeria dek barang murah. So aku ajaklah Mirza untuk teman aku. First, kitorang pi satu butik kat depan plaza. Mirza beli satu T-shirt lepas tu pakai on the spot. Kenapa aku cerita perihal ni? Tungguuuuu.

Lepas beli baju Mirza, kitorang pun ke uptown tu. Memang ramai nak mampus. Kalau tu lautan manusia, aku sauk pakai tangan je dah boleh dapat. Amenda aku merepek nih? Zzz. Jalan punya jalan dengan kelajuan 5 meter sejam, sampailah ke tengah himpunan manusia di deretan so called as Jalan TAR versi Taiping tu. Jumpa member Mirza dua orang. Aku tak kenal pun. Nama depa Nadia dan Dinie. Sembang punya sembang, sampailah ke hujung. Memang berpeluh macam panjat Bukit Larut nuhh. Then tiba-tiba si Nadia ni ajak aku dan Mirza temankan dia hantar si Dinie balik rumah kat Kamunting. Mulanya hati ku resah dan berbelah bagi, namun ku ikuti jua. Hampehnya ayat.

Naik kereta dia, duduk belakang macam raja. Huehuehue. Time dalam kereta, si Mirza wish la birthday aku. Yup, birthday aku pada 8 Ogos 2013 yakni 1 Syawal 1434. Aku sengih je la. Lepas tu si Nadia dan Dinie nih tak habis-habis cakap nak prank aku. Kata nak beli tepung ah, nak campak aku masuk longkang ah. Ada bran ke makcik oi?

Sampai kat Taman Ekspo (tak tau macam mana nak eja), Nadia dan Dinie tiba-tiba nak beli topap kat Caltex. Aku rasa pelik dah tapi buat bodoh je. Tapi topap takdak so depa pi lah 7-Eleven. Depa beli, aku dan Mirza dok dalam kereta. Lepas beli tu, waktu nak menghantar si Dinie balik rumah, tiba-tiba adik lelaki Dinie follow kitorang naik kereta lain. Aku buat bodoh je la. Tak kisah pun. Sampai je rumah Dinie tu, si Nadia dok paksa aku dan Mirza turun kereta. Dengan bangangnya kitorang ikut cakap dia.

Turun je kereta, aku dan Mirza melengung depan pagar rumah. Tiba-tiba si Nadia approach aku, and then POOOFF! Putih je depan aku. Shit. Kena tepung. See? Baru kenal depa tak sampai sejam dah kena tepung. Lulz. Padahal aku dah nampak plastik tepung tu awal-awal tadi. Rupanya Dinie suruh adik dia tolong bawakkan tepung tu sebab nak elakkan daripada kantoi. Dan yang depa dok mencari topap kat Caltex dan 7-Eleven tu sebenarnya nak cari tepung! Bagus. Si Mirza pulak lagi bagus, baru beli baju tak sampai sejam, dah kotor kena tepung. Bad luck Mirza sungguh. Lulz.

Anyway, trimas kepada Nadia dan Dinie sebab sudi prank aku. Sejujurnya aku tak expect pun yang aku akan diprank. It's my first birthday prank sebenarnya. The pranker got pranked. Lulz. Putih melepak aku. Dah la balik naik motor. =="

Trimas kepada Nadia (kiri) dan Dinie (kanan) sebab sudi bedakkan aku.
Mirza, aku benci hang sebab ajak depa join kita. Lulz.

Keesokkan paginya, it's raya time. Tema raya tahun ni kaler maroon. Family aku lima orang, so call us Maroon 5 from now on. Hahahambar. Seperti biasa, bangun saja tidur terus pi solat sunat Aildifitri dengan Abah dan Nicky. Balik tu terus gerak ke rumah Tok Nab di Pokok Asam. Kemudiannya ke Pantai Remis untuk beraya dengan Opah. Kembali pulak ke Kamunting untuk beraya dengan saudara mara yang lain. Dan kemudiannya beraya ke sana sini mencari duit raya namun apakan daya, duit raya hanyalah untuk budak-budak sekolah. Sobs.

Mak dan abah.
23 Disember 1989 until jannah, in shaa Allah.

Nicky, Akak dan aku. Nicky berjambang teruk gila. Dah tak layak pikul watak bongsu. Lulz.

Mesti sekali pandang korang pikir ni Aaron Aziz kan? Huehuehue.

Akhir kata, selamat hari raya Aidilfitri. Segala salah dan silap, khilaf dalam percakapan dan perbuatan, harapnya dapat diampunkan. :]