Tuesday, April 29, 2014

Kenapa?

Pernah tak kau persoal kenapa tuhan turunkan kau di dunia yang serba kejam ni? Kau boleh je hidup bersenang lenang di syurga tanpa perlu hiraukan sebarang masalah duniawi. Jadi kenapa kau dihidupkan? Pernah tak terasa nak bunuh diri? Nak tamatkan nyawa supaya boleh terputus hubungan dengan dunia kejam ni? Supaya boleh terlerai dari segala masalah. Tapi takut dengan azab neraka kan? Jadi kenapa aku ni perlu wujud? Kenapa? Aku teringin sangat-sangat untuk tak wujud. Bukan mati. Sebab aku tahu menggunung catatan di bahu kiri yang membuatkan aku menjadi calon utama sebagai penghuni neraka. Sejujurnya aku rasa kewujudan aku ni tak beri apa-apa impak pun pada makhluk yang lain. Aku rasa kalau aku ada atau tak, tak akan beri apa-apa beza. Jadi kenapa aku wujud? Kenapa?

Wednesday, April 16, 2014

Mulut

Ada mulut kan? Lengkap tanpa sebarang sumbing kan?

Diam.

Tak perlu nak dihebah segala perkara. Ada sesetengah perihal patut dipendam antara yang tersabit sahaja. Tak perlu nak jaja ke telinga makhluk lain.

Aku benci.

Aku benci tiap kali bertentangan matadengan  makhluk yang berkemungkinan besar sudah telan dan hadam segala cerita berkenaan dengan aku. Tiap aku bertentangan mata, aku lihat makhluk itu nilai aku. Nilai menggunakan persepsi kolot yang sedikit pun tak kisah apa yang aku nak hamburkan.

Haha.

Aku hamburkan guna jejari. Buat apa nak jaja dari mulut ke telinga. Makhluk bernama manusia ini hipokrit belaka. Reaksi wajah acah-acah prihatin, dalam hati tuhan sahaja yang tahu apa yang manusia ini bebelkan. Entah maki entah hamun. Nak sahaja aku persetan tapi ini perihal penting. Perihal yang aku harapkan boleh dikendong sampai mati.

Aku tak mahu ada makhluk bernama manusia pikul tugas syaitan, tiba-tiba sahaja mahu hasut itu ini. Aku tak mahu dicampuraduk oleh orang lain. Cukup dengan yang ada kena mengena sahaja. Cukup. 

Diam.