Thursday, September 10, 2015

LUBANG JAHANAM

Terkadang tu rasa sepanjang hidup ni tak mahir buat perkara lain selain daripada menyusahkan orang lain. Ingatkan selama ni cuba tatih dan atur satu per satu langkah agar terus naik ke atas, rupa-rupanya tangan yang penuh dengan kotoran dosa lampau terus menerus tarik yang disayangi jatuh makin ke dalam lubang jahanam. Ya mungkin aku seorang sahaja yang patut hidup di dalam lubang jahanam ni dan bukannya bersama orang lain. Angan-angan hidup di awangan makin lama makin pudar visinya. Realiti memekik di telinga terus tembus mengetuk gegendang hasilkan rona bunyi perit terpaksa harung semuanya sendiri. Ya. Dari dulu hingga akan datang, aku sendiri meniti depresi yang kian lama memakan diri. 

No comments:

Post a Comment