Sunday, October 2, 2011

Kepulangan Anak Kelahiran Bandar Hujan, Apecer?

Ibarat najis bintang rebah ke bumi, sepantas tu lah yang aku rasa. Agagaga! Habis satu sem dah oi, tu yang aku nak habaq mai kat hangpa! Wahh. Rasa macam baru semalam je aku dengan Pidot dok maki hamun pihak tertentu sebab merana terseksa terseksi dek Minggu Destini Siswa a.k.a minggu orientasi. Hehe. ^^"

Tanggal seluar dan baju. Eh! I mean tanggal 1 Oktober 2011, tamatlah sudah semester pertama aku dalam usaha memperabehkan diploma pengurusan maklumat kat UiTM Machang nih. Huhu. Habis je last paper, snap gambar sikit-sikit dengan member, aku pun cepat-cepat daki tingkat 5. Bawak turun beg-beg semua. Haih. Tolong ingatkan aku supaya tak bawak 5 beg pakaian next sem ya? Hukhuk. TT,TT

Mak dan abah sampai depan kolej naik kereta saga biru tepat jam 1PM. Alhamdulillah, diorang selamat sampai. Habis sumbat semua barang kat dalam bonet and say farewell kat member-member semua, kitorang pun chow cepat-cepat! Malas aku nak tunggu lama-lama kat sini. Huhu. Kat dalam keta, terpaksa la aku dengar 'lagu' yang paling merdu bertajuk "Perbalahan Antara Mak Dan Abah". Hadoyai. Nasib baik gaduh-gaduh biasa je. Hahak!

Kat dalam kereta, aku berhibernasi macam biasa. Around pukul 6PM, tibalah sudah kemunculan yang dinanti-nantikan oleh sekian lama. Bhahaha! TAIPING TOUCHDOWN! ^^ So, apa perubahan yang aku nampak kat Taiping ni? Hmm, baaaaanyak perubahan yang tak berlaku. Hampeh! Sama je macam dulu. =="

Apa-apa pun, aku akan cuba memanfaatkan cuti 1 bulan 3 minggu nih dengan sebaik-baiknya. Cadang nak tolong mak dengan abah, tu je yang aku mampu buat pun. Hehe. ^^

No comments:

Post a Comment