Wednesday, October 5, 2011

Che Bakaq Episod 01

Che Bakaq ni kiranya macam sorang ustaz lah, sebab dia mengajar subjek yang berkenaan dengan agama yakni subjek CTU101. Che Bakaq ni sorang lecturer yang baik, tapi dia ni jenis yang suka pangkah orang lah jugak. Nak dijadikan cerita, aku pernah la kena dgn dia satu hari tu. Cerita ni aku pernah bubuh kat FB aku dulu, ni saja-saja je nak update kat blog. Biasa laa, aku bosan maa.

Waktu tu tengah hari kalau tak silap aku. Around pukul 12PM kot. Hari tu aku dengan budak-budak kelas aku ada sesi bacaan Yaasin dengan Che Bakaq. Sesi tu terbahagi kepada 2 iaitu menghafal dan membaca beberapa petikan ayat dalam surah Yaasin. Disebabkan kelas penuh, kitorang terpaksa lah buat sesi tu kat Pusat Islam UiTM Machang. Tengah dok tunggu giliran orang lain, last-last tiba lah jua turn aku.

Che Bakaq: Haa giliran sapa nak baca Yaasin pulak ni? (Sambil usap-usap dan lap-lap muka.)

Aku: Saya, ustaz! (Mengesot pi ke arah Che Bakaq.)

Che Bakaq: Tuu, gapo rambut mu aneh sangat tu?

Aku: Oh, hehe. (Merenyih mcm kerang busuk sambil garu-garu line kat rambut aku ni.)

Che Bakaq: Kamu jangan buat benda-benda yang aneh kat UiTM ni. Kalau kamu nak buat, buat kat sekolah dulu. Jangan buat kat UiTM ni.



Aku: (Err. FYI aku ni prefect time sekolah dulu so macam mana aku nak buat rambut style aneh-aneh kalau kerja aku kat skolah dulu dok jumpa Izham je? Tu pasal aku buat style rambut aneh-aneh kat UiTM ni. Lagipun, takdak la aneh sangat kot.) Okay, ustaz.

Che Bakaq: Ustaz nak nanti kamu perbetul rambut kamu tu nanti, paham?

Aku: (Tunggu rambut ni panjang dulu pastu baru aku perbetul lah.) Paham, Ustaz, nama saya Afiq Faisal. (Saja nak cepat-cepatkan sesi bacaan Yaasin sebab tak mau dengar ceramah free ni lagi.)

Che Bakaq: Penampilan tu penting. Jangan buat rambut aneh mcm ni dah.

Aku: (Ya rabbi! Tak habis-habis lagi ke orang tua ni?) Okay, ustaz. In shaa Allah nanti saya ubah. Nama saya Muhammad Afiq Faisal, yang nombor 8 atau 9 tu kot.

Che Bakaq: Afiq Faisal? Hmm. (Cari nama kat kertas tapi tak jumpa.)

Aku: Ni haa, ustaz. Nombor 8, nama Afiq Faisal tu. (Tuju jari telunjuk tangan kiri kat kertas yang Che Bakaq pegang.)

Che Bakaq: Ni, gelang gapo yang kamu pakai ni? (Pegang gelang kat tangan kiri aku.)

Aku: (Demmit! Big mistake! Patutnya tunjuk pakai tangan kanan tadi.) Oh, hehe. Gelang saje-saje je ni ustaz.

Che Bakaq: Saje-saje gaponya hah? Kamu tau tak yang pakai gelang ni salah?

Aku: Err tau, ustaz. (Lepas aku sambung degree nanti baru aku boleh continue sesi Yaasin ni ka?)

Che Bakaq: Kamu tau tak berdosa pakai gelang? Pot pet pot pet, tuhan marah, pot pet pot pet, haram, pot pet pot pet, masuk neraka, pot pet pot pet, ustaz nak kamu tanggalkan gelang ni nanti.

Aku: (GRR!) Okay, ustaz. Nanti saya tanggalkan. (Usha belakang jap. Alhamdulillah. Nasib baik takdak orang nampak aku kena bebelan Che Bakaq)

Che Bakaq: Bagus. Haa cepat la baca Yaasin tu.

Aku: (Grr! Dari tadi aku nak baca, tapi Che Bakaq dok pot pet pot pet je.) Okay, ustaz.

Moral of the story;
1. Jangan buat rambut aneh-aneh kat dalam UiTM.
2. Guna tangan kanan bila nak tunjuk apa-apa.
3. Teruskan mengsengih bila kena bebel.
Klau korang buat tiga-tiga benda ni, in shaa Allah nescaya benda yang boleh habis dalam masa 3 minit takkan di-extend jadi 10 minit. In shaa Allah. ^^"

No comments:

Post a Comment