Monday, December 22, 2014

Merah

Dan wajahnya bertukar merah padam pabila diusik. Merahnya lain. Bukan seperti buah delima, bukan seperti kelopak mawar. Merahnya ada emosi. Emosi yang kian lama terpendam mulai timbul serentak keluar pada kulit wajah yang mulus. Aku ingat merah itu. Aku imbas perihal lepas dan aku ingat, itulah merah yang telah lama hilang dari pandangan hijab ini. Merah yang sudah sekian lama tidak memberi rasa hangat pada hati tatkala dibidas kesejukan sinis kehidupan. Merah yang telah lama menyepi dari memberi keselesaan tatkala hati dirudum rasa gundah dan suram. Merah. Aku mahu miliki merah itu. Aku perlukan merah itu.

No comments:

Post a Comment