Saturday, May 18, 2013

Tips Barangkali

Kali ni aku nak share sikit lah. On how to excel your marks. Bukan niat nak berlagak, riak atau takbur. Just nak berkongsi. Ilmu ni milik Allah. Peranan kita sebagai hambaNya adalah untuk menyebarkan apa sahaja ilmu yang kita ada.

So, basically ada dua jenis student. Sama ada jenis yang belajar sepanjang masa tapi kualiti assignment so-so je, atau belajar last minute tapi banyak fokus kat assignment. Memang payah nak jumpa students yang sokmo belajar dan assignment bagus tahap gaban. (Apa motif aku sembang benda nih?)

Okay, here comes the tips.

1. Buat assignment secepat yang mungkin
Biasanya kalau students dapat tugasan, depa akan tangguh lama-lama. Tunggu bila lecturer ingatkan deadline baru depa nak start. Ini sangatlah tak bagus ye adik-adik, akak-akak dan abang-abang sekalian. Sebaik-baiknya lepas lecturer bagi tugasan tu, terus buat research. Kalau buat cepat, habis pun cepat. Dan kemungkinan besar tak kan bertindih dengan assignment lain. Bila kerja bertimbun, otak pun jadi serabut. Lagi-lagi kalau deadline mengejar kita rapat dari belakang. So, do not procrastinate. Kena pandai agih masa jugak. Kalau time tu kena buat dua assignment serentak, tapi ada satu tu deadline dia paling dekat, siapkan assignment yang paling diperlukan tu dahulu.

2. Rujuk lecturer
Sentiasa bertanya pada lecturer. Tanya lecturer segala persoalan mengenai assignment. Banyakkan berkunjung ke bilik lecturer. Tanyalah tentang guidelines, atau format report. Kalau boleh, mintak lah tips sikit. Tanya apa yang lecturer tu nak pada assignment, tanya apa yang boleh ditambah untuk bagi markah banyak. Kalau dah nak siap tu, tunjuk lah dulu draft pada lecturer. Maybe dia akan point out kandungan mana yang patut dibuang dan mana yang patut ditambah. Tak rugi jumpa lecturer nih. Kalau ada apa-apa soalan mengenai kuliah or past year questions, tanya lah jugak. Maybe boleh dapat extra information or improve our understanding on the topics. Just jangan tanya ayam or telur wujud dulu, okay?

3. Research and citation
Seboleh-bolehnya, elakkanlah daripada menggoreng isi kandungan. Tak perlu la nak mereka-reka fakta sendiri. Internet kan ada, cari maklumat dari situ. Dan carilah yang reliable saja. Tapi kalau mampu, ambil dari journal. Lagi teguh kelayakannya. Kalau dah retrieve maklumat daripada sesuatu sumber tu, silalah buat citation. Rujuk la manual APA 6th Edition yang boleh dicari pada Encik Google. Sesungguhnya citation ni memainkan peranan yang sangat penting. Salah buat citation, besar kemungkinan isi kandungan dalam assignment tu tak boleh dipakai terus. Dan citation ni jugak bawak markah yang agak banyak. Bayangkan, buat citation tak sampai setengah mukasurat, dah dapat 5 markah. Tu pun kalau reti buat ah.

4. Prepare for presentation
Sentiasa bersiap sedia sebelum present. Jangan ambil mudah sebab markah presentation penting jugak. Slide tu kalau boleh jangan la padat sangat dengan information. Letak je isi penting. Design biar simple. Warna background dan font biar kontra agar mudah nak dibezakan. Guna font yang tak berbunga-bunga supaya senang nak dibaca. Tang huraian tu, kita explain la sendiri. That's why kena prepare. Kena hafal sikit-sikit huraian tu. Jangan la dok baca slide. Lecturer tengok pun rasa tension je. Gunakan body language, a bit of gestures to aid your speech. Dan sentiasa bercakap dengan penuh yakin. Mutu, gaya, keunggulan oyeah oyeah bebeh.

5. Jaga hubungan dengan lecturer
Ni sangat-sangat penting. Kalau tak suka kat lecturer tu sekali pun, jangan lah kurang ajar. Be nice. Berjenaka sikit-sikit. Tapi jangan sampai satu kelas rasa annoyed sebab kita dok sailang tiap kali lecturer nak mengajar. Banyakkan bertanya soalan di dalam kelas. Bila tak paham, terus tanya. Jangan tangguh-tangguh sebab Melayu mudah lupa. If possible, make sure lecturer tu recognize kita. Biar dia tau nama dan kenal muka kita. Bagi satu impak yang positif kat lecturer tu. BAMM! And after that, maybe, just maybe, dia akan bagi markah extra. Yup, maybe. Tapi kalau dok kurang ajar, besar kemungkinan lecturer takkan bersimpati langsung untuk selamatkan kita daripada the thin line between gagal dan lulus. Dan tulisan biar kemas ye. Takde lecturer kat dunia ni yang suka tulisan cakar ayam, lembu, jerung what so ever.

6. Buat short note
Kalau aku lah kan, aku tak kan baca buku teks yang tebal mengalahkan lemak gajah Afrika tu. Aku akan rujuk je, then buat short notes. Kat short notes tu, aku isikan main points je. Dan mungkin huraian sikit-sikit. Short notes ni boleh la buat bacaan di masa santai, ataupun bacaan ringan sebelum mula exam. Or jadikan sebagai to-hukk-hukk-yol-hukk! Ehemmm. *makan Strepsils*

7. Mantapkan carry marks
Sesungguhnya carry marks ni sangatlah penting. Sebab carry mark ni consist of markah assignment dan markah test/kuiz. Kenapa kena fokus untuk memantopkan carry marks? First, boleh rujuk lecturer tentang assignment. Boleh mintak pendapat. Tunjuk draft kat dia, tanya mana yang okay dan mana yang tak okay. Maksudnya benda ni boleh ditanya berulang kali tanpa sekatan. Second, boleh buat semula kalau nak. Kalau lepas submit report, then lecturer kata banyak salah, kita boleh mintak buat semula. Tapi rugi ah duit nak print. That's why better tunjuk draft in softcopy je. Sila fikirkan, final exam bukannya boleh rujuk lecturer pun, dan bukannya boleh buat semula. Therefore, focuse more on your carry marks. Walaupun sikit, markah ni boleh tampung markah final exam. True story.

8. Banyakkan buat past year questions
Kalau buat soalan-soalan exam pada semester-semester yang lepas, kita boleh agak flow dia. Boleh tau soalan mana yang sokmo keluar. Chapter mana yang banyak masuk. Macam mana cara nak menjawab. The tricks behind the question. Dan mungkin boleh ramal soalan yang akan keluar. Lulz~

Aku sebenarnya dah malas nak menaip. So, daa~

*p/s: Ingat, hanya korang je yang boleh bentukkan masa depan sendiri. Kalau dok berdoa je tapi usahanya zero, jangan haraplah nak berjaya. Usaha kena ada sama. Then tawakal dan serahkan semuanya kepada Allah SWT. :]

No comments:

Post a Comment