Musim exam!!!!! PMR, SPM and STPM dah nak dekat!!!!! Apa aku kisah? Aku dah lepas semua tu maa. Except for STPM lah, sebab aku takdak nafsu nak masuk form 6. Bhahaha! TAPI! Sebagai seorang warganegara Malaysia produktif lagi inovatif dalam bab-bab negatif nih, aku akan share serba sedikit tips utk meniru time exam. Mwahahaha! xD
Tips yang pertama:
15 minit sebelum hangpa nak masuk dalam dewan exam, hangpa makan lah ubi bakaq banyak-banyak (bukan ubi Che Bakaq naa). Makan sampai sendat ulu hati yang penuh dengan bintik-bintik hitam tu haa. Bila dah masuk dalam dewan, mesti ubi bakaq tu dah selesai proses penghadamannya (cewahh macam pakar nutrisi nuhh). Hangpa tau tak natijah makan ubi bakaq banyak-banyak? BOM NUKLEAR AKAN TERHASIL! Hangpa tahan kentut tu dekat setengah jam, biaq bau dia mereput kat dalam rectum hangpa and then KABOOOM!!! Lepaskan segala gas kat persekitaran dalam dewan exam tu. Manusia normal biasanya takkan dapat tahan bau ni untuk masa 10 saat so, dewan tu mesti kosong dalam masa kurang daripada 0.06 saat. Dah tau dewan kosong, hangpa pun apa lagi, pi la cilok paper jawapan orang lain. Agagaga! xD
Tips yang kedua:
Agak-agak kalau pengawas dewan exam tu ada sediakan topeng jerebu untuk setiap student lepas hangpa kentut tu, jangan putus asa! Tips yang kedua sedia membantu. Hoho! Waktu exam tengah dijalankan, hangpa buat la tidoq. Buat-buat je, jangan pulak tidoq betul-betul. Kang aku mai tabuh kepala hangpa baru hangpa tau erti penyesalan haa. Lepas agak-agak orang semua percaya yang hangpa dah lena dibuai mimpi basah, hangpa buat-buat mengigau. Tapi ni bukannya mengigau ala-ala gewe hangpa nak lari dengan orang lain, takkk! Hangpa mengigau tahap dewa punya, siap ada benda apa yang omputeh cakap tu, sleepwalking haa. Hangpa tawaf ah 13 kali tang keliling dewan exam tu, sambil tu intai sikit-sikit paper jawapan budak-budak pandai. Don’t worry, pengawas takkan kejutkan hangpa punya lah. Sebab depa pun tau tak elok sergah orang yang tengah tidoq, karang roh tak sempat nak mai masuk balik dalam badan. Kekeke.
Tips yang ketiga:
Ni tips yang boleh menjamin kecemerlangan di dunia yang fana tapi mengundang kecelakaan di hari akhirat kelak haa. Hangpa pi la cacah tatu nota tang tubuh badan hangpa. Contoh dia macam nih, kalau hangpa cacah tatu tang betis, simple ja. Time hangpa nak tengok nota tu, hangpa buat-buat la nak garu kudis. Pengawas exam takkan mai check kudis hangpa sebab dia pun tak jahil sangat smpai nak usha benda alah tu. Tapi make sure ah yang hangpa tebas dulu bulu betis tu. Kalau lebat-lebat sangat, karang payah nak selak satu per satu. Maybe sesetengah daripada hangpa tak suka nak aniaya bulu betis so don’t worry. Dua bulan sebelum exam start, hangpa cabut setiap kuku yang wujud kat tangan hangpa tu. Then hangpa cacah la tatu kat kulit bawah kuku tu. Lepas dua bulan, kuku akan tumbuh tapi tatu tu takkan pudar. Thanks to the transparency of the kuku, hangpa still boleh baca nota yang tersemat di kuku.
(P/S: Kaedah ni tak sesuai untuk mereka-mereka yang lemah jantung, wanita hamil, orang yang kudung kaki serta tangannya dan juga penternak cagu-cagu baka Malaysia.)
Tips yang keempat:
Hangpa try lah berkompromi dengan kawan-kawan hangpa yang cendekiawan nano nano. Ni maksudnya try lah mintak jawapan kat depa. Cara nak mintak jawapan tu senang je. Andaikata hangpa tersangkut kat soalan satu, hangpa kentut lah satu kali. Tapi kalau tersangkut kat soalan 49, hangpa teran lah kentut hangpa tu (biaq tercirit pun takpa) sampai cukup 49 kali. Yang pasti, pungkok akan pedih merana terseksa batin dan jiwa. Bagi si pemberi jawapan pulak, bila dah dapat isyarat gas tersebut, cepat-cepat la cari jawapan. Time nak bagi jawapan ni pun senang jugak. Kalau jawapan tu ‘A’, buat-buatlah tengah bedai lalat “WATCHHAAAAA!”. Kalau ‘B’, buat-buatlah melatah “EH BABI!”. Kalau ‘C’, buat-buatlah tegur pengawas exam tu “EHEMM, TU AIR LIUR BASIIIIIIII DOK MeLELEH TU”. Dan kalau ‘D’, buat-buatlah yang hangpa tengah maki hamun diri sendiri “DEYY! ITU PUN AKU BOLEH TERLUPA KA DEYY!?”. Dan kalau kawan yang nak bagi jawapan tu bisu, jangan gusar! Suruh je dia tulis jawapan kat satu kertas kajang, peronyok-ronyokkan and bagi kat hangpa. Kalau pengawas marah hangpa, hangpa cakap je lah “Dia dah tak mau pakai kertas tu, so dia bagi lah kat saya supaya saya yakni mnusia yang telah banyak berhutang budi pada bumi bertuah ini dapat meng-recycle-kan kertas itu kembali. Save the earth machaaa!”. Nescaya pengawas tu akan tergamam lantas terdiam sambil menepuk-nepuk tangan dengan air mata yang bergelinangan.
Bhahaha! Goldie luck for your exam, geeks! x)
No comments:
Post a Comment