Thursday, September 29, 2011

Masih Lagi Terkilan

Tanggal 28 September 2011, aku kehilangan seorang sahabat. Nama dia Hasnizawati Binti Othman or Niza for short kalau sesiapa panggil dia Wati, nahas lah jawabnya. Hehek. Aku kenal dia kat sini, UiTM Machang ni lah. Saat pertama kali aku bertemu si arwah, waktu 1st time aku masuk kelas. Yup, dia sekelas dengan aku. In fact, she’s the treasurer of the class. Seminggu aku kat dalam kelas tu, dia dengan so call as her twin, Wani yang selalu dok bising-bising kat dalam kelas. Tu la pasal diorang jadi class rep and treasurer.

Perwatakan Niza nih, let get this straight yaa. Dia seorang yang tegas, garang dan agak boyish. Namun di dalam, dia seorang yang baik, caring dan pentingkan sahabat. Aku ingat lagi wktu program MII yang dianjurkan dulu, dia ada hentak aku pakai tiga buah buku yang tebal gila kat bahu kiri. Sampai sekarang aku terasa lagi sengatnya. Hukhuk. Aku jugak ingat lagi saat-saat si arwah mintak duit kat classmates. Meme garang, kadang-kadang aku pun cuak jugak. But it’s her style, and I’m okay with that.

Kali terakhir aku berjumpa dengan Niza, hari sebelum dia meninggal yakni petang 27 September 2011. Kitorang jumpa macam biasa, siap ada Safwan, Wani, Syali and Jeff. That time, dia okay je. Sempat bergurau senda, siap dia ligan aku lagi tu. But who knows that was the last time for me to joke around with her. Haih.

Tanggal 28 September 2011, aku tidur lewat. Pukul 10AM baru aku lelap. Tiba-tiba pukul 2PM aku dikejutkan oleh Safwan kat sebelah aku. Dengan mata yang masih mamai, aku dengar dia cakap “Afiq, tadi Wani call aku. Dia kata Niza dah meninggal. Dia dah meninggal!”. Aku mengeluh, aku kata tu semua prank je. Sungguh-sungguh aku cuba yakinkan Safwan bahawa tu semua satu penipuan. Aku siap suruh Safwan call Wani, and aku try nak bongkarkan prank tu. Last-last, terdetik rasa hati bahawa mungkin tu semua benar. So, aku ajak Safwan, Jimmy, Jaa dan Pijoe pi Hospital Machang.

Sampai kat sana, wajah-wajah yang suram je yang aku mampu lihat. Ya, memang Niza dah meninggal dunia. Aku rasa bodoh gila sebab tak percaya awal-awal. Wani kata, diorang yang berjumlah 13 orang pi mandi kat Jeram Linang. Aku tak berapa nak pasti dengan cerita sebenar yang banyak ditokok tambah. Yang aku tau, Niza dan seorang lagi kawan dia pi terjun kat tempat yang dalam. Kawan dia berjaya timbul, tapi Niza...hmm. Orang keliling amik masa at least 10 minit untuk cari Niza yang lemas time tu. Lepas ketemu, dia dah tak sedarkan diri. Sampai je kat hospital, Niza dah meninggalkan kami semua. Innalillah.

Waktu tunggu kat rumah mayat tu, aku dapat lihat banyak wajah-wajah sayu yang muncul. Banyak mata yang penuh digelinangi air mata yang diisi rasa suram dari hati. Banyak kawan-kawan yang datang, even para senior dan lecturer pun ada mai jugak.

Tepat jam 8PM, jenazah Niza berjaya sampai di Pusat Islam UiTM Machang. Aku dan kawan-kawan sempat menunaikan solat jenazah sebagai tanda penghormatan terakhir pada si arwah. Lepas habis, ambulans hantar jenazah Niza kembali pada family dia yang memang ternyata penuh dengan rasa duka di Ipoh, Perak.

Niza pernah tolong aku selesaikan masalah yang berlaku akibat daripada perbalahan antara aku dengan Wani dan Izaty. Aku tak sempat nak ucapkan trimas kat dia.

Dah sehari Niza meninggalkan kami semua, tapi aku masih lagi penuh dengan rasa terkilan.

Selaku seorang sahabat, aku hanya mampu mengucapkan kata-kata duka beserta dengan takziah kepada keluarga Niza. Aku  harap, roh Niza akan dicucuri rahmat daripada Allah SWT dan moga-moga ditempatkan di tempat orang-orang beriman di sampingNya. Al Fatihah.


No comments:

Post a Comment