Currently sedang memanaskan kerusi di foyer Blok D
bertemankan lagu Macklemore – Tak Boleh Pegang Kita sambil mengunyah chewing
gum yang sudah lama hilang manisnya. Di samping laptop semput yang barangkali
akan padam dalam masa lebih kurang 30 minit besertakan tiga mamat yang khusyuk
dengan laptop masing-masing. Cuba untuk download Running Man 149, tapi wifi
menghampakan harapan aku. Sejuk. Tapi kalau pakai sweater, panas pulak. Okay,
sudah ke laut aku melalut. See? It rhymes. Okay, stop it.
Bukan niat nak bongkak, riak atau takbur, tapi nak berkongsi
sedikit sebanyak apa yang aku tau supaya mata-mata yang membaca boleh ambil
iktibar. So, di sini aku nak kongsikan mengenai... Kucing melintas, aku
ingatkan polis bantuan. Okay, aku nak berkongsi tips-tips untuk membuat report
yakni hardcopy assignment anda. Jengjengjeng~
Sat. Ade aweks empat orang mengganggu konsentrasi aku. And now
ada berlonggok orang depan aku. Nyah hangpa dari sini.
1. Cover
First thing first, you DO judge a book by its cover. Kalau
ikut standard UiTM, wajib ada logo institusi tersebut, nama institusi, nama
fakulti, subjek beserta kod, tajuk assignment, nama pensyarah, nama pelajar
beserta nombor pelajar, kelas dan tarikh akhir untuk submit assignment
tersebut. Make sure font besar dan semuanya capital letters untuk selarikan
setiap ayat. Dan bersih. Kalau cover kotor, sape yang nak baca? If possible,
letak la cover plastic yang transparent tu untuk elakkan daripada basah kalau
terkena air.
2. Acknowledgement
Yang ni ibarat kata-kata penghargaan. Mulakan dengan salam,
lepas tu bertrimaslah kepada semua yang tolong sempurnakan assignment tu.
Biasanya orang akan bertrimas kepada lecturer, parents dan classmates. Kalau
guna khidmat organisasi lain untuk bantu kita buat research, please letak
acknowledgement terhadap organisasi tersebut.
Running Man 149 aku ni dah macam takde harapan nak complete.
Aku redha dengan kehendakMu wahai ya Allah. Sobs.
3. Table of content
Yang ni simple je. Tapi wajib ade. Letak la segala chapters
yang report anda ada dalam table of content ni. Dan make sure mukasuratnya
betul. Benda mudah tak kan tak reti buat kot? Hek eleh.
4. Contents
Ini bahagian yang super duper ultra hyper mega maximus
giganto penting. Firstly, izinkan aku untuk membebel mengenai format content
yang agak standard.
Dalam kandungan utama report, mestilah ada bahagian-bahagian
tertentu. Contohnya pendahuluan, kajian awal, perbandingan, konklusi dan
sebagainya. If possible, buat cara ‘chapters’. Maksudnya untuk pendahuluan
yakni bahagian yang paling pertama, tulislah sebagai “1.0 INTRODUCTION”. And
then, sub-topicnya pulak letaklah ‘1.1’, ‘1.2’, ‘1.3’ and so on. Cara macam ni
memudahkan pensyarah untuk track atau jejak kandungan yang diorang tengah baca
ni under topic apa. Buat sistem macam ni di mana di bawah setiap main topic ada
pecahan bagi sub-topicnya yang tersendiri. And numbered them. Easy right?
Font tu pun pentingnya. Biasanya lecturer akan suruh guna
Times New Roman bersaiz 12 atau Arial bersaiz 11. Personally, aku lagi prefer
pakai Arial. Sebab Arial ni takde ekor kat setiap huruf. Cer bandingkan Times
New Roman dengan Arial, Times New Roman lagi nampak serabut kan? Tapi kalau
lecturer tu mengwajibkan guna font yang dia nak, obey je lah ye. And one more
thing, please justified every paraghraph. Sumpah tak lawa kalau bahagian kanan
paper tu tak selari. So gunalah function justify untuk mencantikkan kandungan
report korang. Spacing pulak make sure la bersesuaian. Tak terlalu dekat sampai
payah nak baca, dan terlalu jauh sampai membazirkan kertas yang banyak.
Pada bahagian pendahuluan tu, make sure la diberikan secara
ringkas assignment tu mengenai apa. Pada bahagian konklusi pulak, bukan saje
rumusan mengenai report tu perlu ada, tapi cadangan dan pendapat pun perlu ada
jugak.
Tentang kualiti kerja tu, tepuk dada tanya selera. Buat la
research yang mendalam berdasarkan sumber yang pelbagai. Jangan ciplak hasil
kerja orang lain. Kalau nak tiru idea yang sama, paraphrase and cite the
information. Acknowledge the original authors and give credits to them. Dan
yang paling penting, make sure sumber maklumat tu muktabar yakni autoritinya
yang adil, berlandaskan wahyu Allah dan diyakini umum. Boleh masuk Imam Muda
kalau gaya macam nih.
5. Appendices
Yang ni kiranya yang paling mudah sekali. Letak lah segala
gambar beserta lampiran yang ada kaitan dengan assignment. But make sure yang
betul-betul ada kaitan je. Dan please, guna print colour. Kalau takat print
grayscale tu, memalukan je la. Lecturer pun tak hadap dengan orang yang
kedekut.
6. References
Kalau budak-budak course lain, aku tak sure lecturer depa
menekankan perihal ni atau tak. Tapi kalau lecturer Fakulti Pengurusan Maklumat
memang cukup menitikberatkan bahagian ni. Ada sorang lecturer yang pernah mengajar
aku, katanya dia tak mau check content yang lain kalau references pun salah.
Kat sini citation skill memainkan peranan yang penting ibarat seorang taiko
dalam sesebuah kumpulan Yakuza di Tokyo di mana beliau ialah Drift King yang
suka perlekehkan orang US yang slangnya ala-ala cowboy. Eh? Kebiasaannya ada
dua format citation yakni APA dan MLA. Normally lecturer akan suruh guna format
APA atas sebab yang aku sendiri pun tak tau dan mungkin tak kan tau forever and
ever and ever and ever and ever *gema*. But please, make sure format, arrangement
dan punctuation marks semuanya perfect. Dan pastikan ada at least lima
citations yang disusun mengikut alphabetical arrangements. Pastikan.
Secara konklusinya, beruang polar tinggal di kutub utara dan
penguin tinggal di kutub selatan. Jadi, lantak pi lah kat depa. Okay, report ni
sangat-sangat penting. Bayangkan kalau korang buat research sehabis baik, tapi
cara penyampaian melalui kertas A4 macam hampeh. Tak ke rugi kalau macam tu?
Akhir kata dari minda separa matang ni, jangan ambil mudah terhadap tugasan
yang dah diberi. Pour all of your heart’s content to it and mold it with wisdom
that you’ve acquired from others.
Chewing gum yang sama masih lagi dikunyah berulang kali
sambil ditemani lagu Leessang - Cinta Aku. Running Man 149
tak terdownload sebab line wifi macam hampeh. Sekian.
(p/s: Kalau rajin, aku publish entry tentang tips untuk
presentation. KALAU rajin. Biasanya aku malas. Sentiasa malas.)
aku x phm knpe ade certain2 org yg x buat acknowledgment dengan alasan yg bnde tu bukan lecturer baca, tp aku setakat ni x pernah tinggal agy benda alah tu even org ckp aku skemar, tp dah format, lecturer tu baca tak baca lantak kat dorang la kan. and plg x suke bila buat grouping assignment, ada member yg xnak print color, xnak beli cover transparent sebab mahal and membazir. and bila tiru dari sesuatu sumber tu memang tiru takdak paraphrase langsung. aihhhh, bila dpt mrkh rendah ckp lecturer kedekut pulak =.=' sadis !
ReplyDeleteAde sesetengah lecturer memang tak baca, but still akan bagi markah untuk acknowledgement tu. So buat je lah, Tak rugi pun sebenarnya. Kalau aku, aku copy paste je acknowledgement daripada assignment yang dulu, pastu edit sikit-sikit. Kalau spend duit untuk masa depan, tak rugi pun. Invest sikit masa sekarang, kaut untung lebih di masa depan.
ReplyDeletehahaha.. sumpah lawwakk.. terutama sekali yg and ever and ever and ever *gema*.. tibe2 -_-
ReplyDeletebtw thx buat tips ni.. aku langsung takdak idea apa nk buat dgn report ni.. :3