dan member tu kata yang dia menyampah kat aku selama 2 sem lepas..dan member tu kata dia menyampah sebab aku perasan bagus..dan member tu kata dia menyampah sebab dia memang menyampah kat aku..dan member tu kata dia menyampah sebab khabar angin yang dilempar member-member lain yang aku tak berapa nak rapat sangat..dan member tu kata dia benci waktu aku mula-mula pindah masuk kelas dia sem nih..dan member tu kata dia mati-mati menyampah kat aku..dan member tu kata sekarang dah okay..dan aku kata fuck that shit! ni ke perasaan bila tau ada orang benci, menyampah, mengumpat dan jelek pasal kita walaupun kita tak buat apa-apa salah kat orang tu?? hati rasa down down down..
Tuesday, July 17, 2012
Wednesday, June 6, 2012
IM110 Sem 2
Tak perlu mukadimah panjang-panjang sebab otak nih takdak nafsu nak
pikir banyak-banyak..okkehh, mari berbicara pasal segala subjek yang perlu
(atau terpaksa) ambil bagi pelajar IM110 untuk sem 2..drumroll, dugudugudugudugudugu~
The first subject is IMD152 @ Management of Internet Resources..sama
macam subjek IMD103,
subjek nih ada kena mengena dengan ICT ah..bezanya, IMD103 ambil kira tentang
semua aspek ICT dan bagi penjelasan yang basic..as for IMD152, subjek nih ambil
kira tentang segala mak nenek yang berkaitan dengan internet..subjek nih tak
berapa susah..kalau tau macam mana nak relate segala chapter yang dilemparkan dengan penggunaan internet yang sebenar, memang senang ah nak tangkap subjek nih..lecturer aku untuk subjek nih ialah
Madam Salliza bt Md Radzi..assignment ada 2 je..the individual assignment is
about internet resource..setiap individu kena pilih website and elaborate dan
buat review tentang website tu (eg: Wikipedia)..tapi nak elaborate and review
tu kena lah ikut procedures yang diberi oleh lecturer..group assigment pulak is
about online database (eg: Emerald Database)..setiap kumpulan kena pilih online
database and elaborate dan buat review..dua-dua assignment nih 90% hampir sama, so senang ah nak rujuk antara satu sama lain..
The second subject is IMD155 @ Foundation of Records Management..subjek
nih secara amnya berkenaan dengan asas-asas pengurusan rekod..at first subjek
nih mungkin akan buat students telan Panadol tapi bila dah buat assignment,
baru hangpa boleh relate antara kandungan yang dipelajari dengan records
management yang live action punya..segala perkara basic tentang records
management akan dihuraikan dari organization, cara-cara uruskan records,
records’ life-cycle sampailah ke titisan darah yang terakhir untuk rekod tu (lupus
lah)..lecturer aku untuk subjek nih ialah Miss Noor Azreen bt Alimin..ada 2
assignment untuk subjek nih..the individual assignment is about article review..students
kena pilih satu article yang terdapat dalam satu journal and buat review
tentang article tu..assignment nih sama je macam buat ringkasan untuk subjek
Bahasa Melayu, so simple je lah..as for the group assigment which is about a
registry memang agak susah..setiap kumpulan kena pilih satu organisasi (eg:
Hospital Machang) and then kena buat review tentang bilik rekod yang terdapat
dalam organisasi tu..rujuk pada manual yang diberi and buat review secara
teliti..senang kalau paham manual tu and relate dengan bilik rekod yang
dipilih..
The third subject is IMD156 @ Access to Information..subjek nih a bit
susah..bagi aku yang slowpoke nih memang super duper hyper ultra wargreymon
punya susah ah..sebab apa? Sebab kena banyak menghafal..subjek nih secara
overall tentang agensi-agensi yang sama ada mengpromosikan maklumat atau menggunakan
maklumat..menurut buku teks, memang belambak agensi-agensi tu sampai aku sendiri
malas nak kira..students bukan saja kena tau a bit tentang sejarah agensi-agensi
tu, tapi kena tau jugak tentang misi, visi, objektif, produk dan servis yang
dikemukakan oleh agensi-agensi tu..tengok explanation nih memang lah nampak
sikit je, tapi tengok lah buku teks tu nanti..aku sampai sekarang tak tau macam
mana nak bezakan antara misi, visi dengan objektif..tapi kalau akal cekal,
inshaAllah boleh tangkap subjek nih..lecturer aku untuk subjek nih ialah Miss
Noor Azreen bt Alimin jugak yee..ada 3 assignment..ulang suara, TIGA
assignment..individual assignment is about terminology and definition..lecturer
bagi kita a huge amount of terms, and kita kena cari definitions..nak cari
definition memang payah sikit sebab nih semuanya terms yang berkenaan dengan
IM110, but double up kepayahan tu sebab kena buat citation untuk setiap source of definitions tu..as for the first group assignment, it’s about information
agencies..lecturer akan bagi setiap group 2 agensi (eg: Agris, Inis) and then
kita kena buat review ah tentang agensi-agensi tu..explain lah tentang
agensi-agensi tu punya sejarah, misi, visi, objektif, servis dan produk..the
second group assignment is about evaluation of reference materials..cari 10 reference
materials yang berbeza (eg: Atlas, Dictionary, Journal, etc.) and buat lah
review sebagaimana format yang diberi oleh lecturer..
The fourth subject is IMD157 @ Communication Skills for Information
Professional 1..yaa, awat ada ‘1’ tu? Sebab sem 3 nanti ada bahagian 2
pulak..that means, subjek nih ada belambak-lambak chapter, but then dibahagikan
kepada 2 bahagian..bahagian pertama untuk sem 2, bahagian kedua untuk sem
3..subjek nih memang seronok tahap buat 88 combos..maybe some people agak
stress dengan subjek nih for one particular reason tapi subjek nih memang
seronok sebab isi kandungannya..students akan belajar tentang segala mak nenek
berkenaan dengan human comm..memang ye, belambak teori kat dalam subjek
nih..tapi kalau pandai relate dengan kehidupan seharian, you’ll find it very
very interesting and much more easier to learn..lecturer aku untuk subjek nih
ialah Miss Fatimah Zuhaira bt Mohamed Yusoff Fauzi..the individual assignment
is about movie review..simple gila assigment nih..pilih satu movie (eg: Scott
Pilgrim vs the World), and then kaitkan apa saja dialog kat dalam movie tu
dengan forms of human comm (eg: Interpersonal, Intrapersonal, Public, etc.)..as
for the group assigment which is drama, students kena buat drama secara
berkumpulan..drama tu boleh dirakam atau dilakonkan secara live kat dalam
kelas..tapi isi kandungan drama tu wajib ada kaitan dengan segala perkara yang
ada dalam subjek nih..
The fifth subject is BEL260 @ Intermediate English..sama macam BEL120,
subjek nih berkenaan dengan preparation for MUET..English je
memanjang..lecturer aku untuk subjek nih ialah Miss Ainul Ayzan bt Ayub..ada
satu assignment je which is online assignment..secara individu, students kena
buat online assigment berkenaan dengan topik-topik yang diberi oleh
lecturer..tapi kelas aku lain sikit kot..nehh, tak jejas apa-apa pun..
The sixth subject is CTU151 @ Islamic Thought and Civilization..subjek
nih agak boleh tahan ah kepayahan dia..subjek ni secara amnya berkenaan dengan
tamadun Islam..contohnya macam Khulafa Ar-Rasyidin..students kena tau secara
menyeluruh about tamadun tu including sejarah, khalifah-khalifah, sumbangan and
so on..bukan satu tamadun je yee, ada belambak lagi termasuk zaman-zaman
tamadun Islam kat negara-negara barat (eg: Eropah) and Tanah Melayu..kalau dah
master subjek agama waktu sekolah menengah dulu memang senang ah nak tangkap
subjek nih..tapi slek, aku lemah subjek nih..lecturer aku untuk subjek nih
ialah Ustaz Zahir bin Abdul Rahman..individual assignment is mostly about surah
Yaasin..sama je macam CTU101, students kena baca and hafal beberapa ayat dalam surah Yaasin..pastu ada
something about penerangan beberapa ayat dalam surah Yaasin kalau tak silap
aku..as for group assignment pulak students perlu buat review mengenai tamadun
Islam mengikut zaman yang diberi (eg: Uthmaniyyah) atau khalifah (eg: Abu Bakar
As-Siddiq)..terang lah segala benda yang perlu..kalau dapat zaman, briefly
explain tentang khalifah-khalifah yang terbabit and sejarah zaman
tersebut..kalau dapat khalifah, explain lah sedetail-detailnya mengenai
khalifah tu including biodata, perlantikan, sumbangan dan kaum keluarga..
The seventh and last subject mesti lah tak lain tak bukan, drumroll,
dugudugudugudugudugudugu~ kokorikulum! Aku masuk HBU122 @ Civil Defence 2 iaitu
Jabatan Pertahanan Awam so aku berani explain pasal ni je dan tak kan sentuh
pasal BPC, Kesatria, Brass Band, etc..kali nih belajar advance sikit berbanding
HBU112..students akan belajar secara amnya tentang operasi menyelamatkan mangsa
ketika bencana..adalah tentang cara-cara penggunaan fire extinguisher and
chainsaw..ada jugak belajar tentang penyediaan stretcher..sem nih kena join Latihan
Medan..kiranya macam kem ah..aku dulu kena camping kat Kem Bukit Keluang kat
Besut, Terengganu nuhh..sepanjang masa 3 hari 2 malam tu students memang kena
buat aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan JPA..
Well, it's not like anyone gonna read this..foreveralone~ TT__TT
Sunday, May 20, 2012
cilaka beribu-ribu kali cilaka
minggu lepas laptop jahanam..cilaka betul..entah macam mana benda alah nih boleh jahanam aku pun tak tau..cilaka betul..malam tu aku bajet nak buat full scan pakai Avira antivirus, pastu tiba-tiba tak boleh connect Wi-Fi rumah..cilaka betul..esok tu aku suruh jiran aku tolong repair sebab dia kerja kedai komputer tapi tak boleh..cilaka betul..DVD player pun jahanam gak bila dia check..cilaka betul..last-last dia suruh aku format ja laptop nih..cilaka betul..mana aku nak back up segala mak nenek dalam laptop nih kalau external hard disc aku pun jahanam gak?? cilaka betul..dah lah gaji ciput tak dapat lagi..cilaka betul..nasib baik seminggu lepas tu Abah bagi duit untuk beli external hard disc baru..huhu~ 1 terra baq hang..sekarang laptop dah kembali pulih seperti biasa..wee~ trimas daun keladi wahai Abah ku sayang.. :D
Tuesday, May 8, 2012
Ridiculously Ridiculous
yes, we are all ridiculously a sinner..but what differs us between good sinners and bad sinners is our acceptance to reality..those who realize that they are a sinner and work hard to change that reality are the most grateful people..but those who realize that fact and ignore every single chance to change it will do nothing but burn in hell..yes, i'm being ridiculously ridiculous..
Monday, April 30, 2012
Result Final Exam Sem 2
eff yeahh~ aku dapat dekan lagi untuk final exam sem 2..gembira rasa hati mau teriak sampai bingung Bukit Larut..huhu~ terhasilnya GPA berjumlah 3.70 melalui gred-gred seperti berikut:
BEL260 - A
CTU151 - A
HBU122 - A-
IMD152 - A+
IMD155 - A-
IMD156 - B+
IMD157 - B+
dipersetubuhkan GPA sem 1 dgn sem 2, terberanaklah CGPA 3.78..tak sangka dapat dekan sebab sem 2 memang cilaka sangat-sangat..but Alhamdulillah, doa aku untuk berjaya termakbul jugak..congrats dilemparkan buat semua yang tak perlu repeat IMD155, IMD156 dan IMD157.. :]
Saturday, March 24, 2012
Markah Angkut Part Two
carry mark utk subjek2 semester nih..wuu~
BEL260 : 43/50
CTU151 : 40/50
IMD152 : 56/60
IMD155 : 45.7/60
IMD156 : 16.9/40
IMD157 : 28.7/40
sedihnyaaa aku tatap carry mark IMD156 tu..wuu~ asalnya 23.9/40..dah lah sikit, pastu kena update jadi LAAAAAGI SIKIT! wuu~ aku bajet takdak sapa2 dalam kelas aku yg dapat lebih drpd 20 markah utk IMD156 tu..wuu~ dah lah exam tadi susah gila oink oink..mmg sumpah, SUSAH TAHAP PETALA LAPAN RATUS RIBU JUTA BILLION TRILLION! apa yg aku n member2 baca, 10% je yg keluar..wuu~ aku taknak repeat paper nih.. TT__TT
Tuesday, March 13, 2012
RANDOMIZE
as salam..
fuhh~ habeh gak aku tukar template blog nih..ada blog, tapi dah berzaman x update..bengong tahap petala lapan nih..hoho~ so, apa nak tulis nih? entah ler..
oh, aha! final exam utk sem nih dah nak dekat..SANGAT-SANGAT DEKAT..aku harap aku boleh cipta sejarah mcm sem lepas..aku harap boleh dapat lagi ah..nak bagi mak n abah terkejut dgn result aku nih stok KAW-KAW punya ah..huhu~ don't wish me luck..just wish that i can do the best, okkehh? :]
Subscribe to:
Posts (Atom)