Tuesday, June 11, 2013

Tips Untuk Menghasilkan Report Assignment Barangkali


Currently sedang memanaskan kerusi di foyer Blok D bertemankan lagu Macklemore – Tak Boleh Pegang Kita sambil mengunyah chewing gum yang sudah lama hilang manisnya. Di samping laptop semput yang barangkali akan padam dalam masa lebih kurang 30 minit besertakan tiga mamat yang khusyuk dengan laptop masing-masing. Cuba untuk download Running Man 149, tapi wifi menghampakan harapan aku. Sejuk. Tapi kalau pakai sweater, panas pulak. Okay, sudah ke laut aku melalut. See? It rhymes. Okay, stop it.

Bukan niat nak bongkak, riak atau takbur, tapi nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang aku tau supaya mata-mata yang membaca boleh ambil iktibar. So, di sini aku nak kongsikan mengenai... Kucing melintas, aku ingatkan polis bantuan. Okay, aku nak berkongsi tips-tips untuk membuat report yakni hardcopy assignment anda. Jengjengjeng~

Sat. Ade aweks empat orang mengganggu konsentrasi aku. And now ada berlonggok orang depan aku. Nyah hangpa dari sini.

1. Cover

First thing first, you DO judge a book by its cover. Kalau ikut standard UiTM, wajib ada logo institusi tersebut, nama institusi, nama fakulti, subjek beserta kod, tajuk assignment, nama pensyarah, nama pelajar beserta nombor pelajar, kelas dan tarikh akhir untuk submit assignment tersebut. Make sure font besar dan semuanya capital letters untuk selarikan setiap ayat. Dan bersih. Kalau cover kotor, sape yang nak baca? If possible, letak la cover plastic yang transparent tu untuk elakkan daripada basah kalau terkena air.

2. Acknowledgement

Yang ni ibarat kata-kata penghargaan. Mulakan dengan salam, lepas tu bertrimaslah kepada semua yang tolong sempurnakan assignment tu. Biasanya orang akan bertrimas kepada lecturer, parents dan classmates. Kalau guna khidmat organisasi lain untuk bantu kita buat research, please letak acknowledgement terhadap organisasi tersebut.

Running Man 149 aku ni dah macam takde harapan nak complete. Aku redha dengan kehendakMu wahai ya Allah. Sobs.

3. Table of content

Yang ni simple je. Tapi wajib ade. Letak la segala chapters yang report anda ada dalam table of content ni. Dan make sure mukasuratnya betul. Benda mudah tak kan tak reti buat kot? Hek eleh.

4. Contents

Ini bahagian yang super duper ultra hyper mega maximus giganto penting. Firstly, izinkan aku untuk membebel mengenai format content yang agak standard.

Dalam kandungan utama report, mestilah ada bahagian-bahagian tertentu. Contohnya pendahuluan, kajian awal, perbandingan, konklusi dan sebagainya. If possible, buat cara ‘chapters’. Maksudnya untuk pendahuluan yakni bahagian yang paling pertama, tulislah sebagai “1.0 INTRODUCTION”. And then, sub-topicnya pulak letaklah ‘1.1’, ‘1.2’, ‘1.3’ and so on. Cara macam ni memudahkan pensyarah untuk track atau jejak kandungan yang diorang tengah baca ni under topic apa. Buat sistem macam ni di mana di bawah setiap main topic ada pecahan bagi sub-topicnya yang tersendiri. And numbered them. Easy right?

Font tu pun pentingnya. Biasanya lecturer akan suruh guna Times New Roman bersaiz 12 atau Arial bersaiz 11. Personally, aku lagi prefer pakai Arial. Sebab Arial ni takde ekor kat setiap huruf. Cer bandingkan Times New Roman dengan Arial, Times New Roman lagi nampak serabut kan? Tapi kalau lecturer tu mengwajibkan guna font yang dia nak, obey je lah ye. And one more thing, please justified every paraghraph. Sumpah tak lawa kalau bahagian kanan paper tu tak selari. So gunalah function justify untuk mencantikkan kandungan report korang. Spacing pulak make sure la bersesuaian. Tak terlalu dekat sampai payah nak baca, dan terlalu jauh sampai membazirkan kertas yang banyak.

Pada bahagian pendahuluan tu, make sure la diberikan secara ringkas assignment tu mengenai apa. Pada bahagian konklusi pulak, bukan saje rumusan mengenai report tu perlu ada, tapi cadangan dan pendapat pun perlu ada jugak.

Tentang kualiti kerja tu, tepuk dada tanya selera. Buat la research yang mendalam berdasarkan sumber yang pelbagai. Jangan ciplak hasil kerja orang lain. Kalau nak tiru idea yang sama, paraphrase and cite the information. Acknowledge the original authors and give credits to them. Dan yang paling penting, make sure sumber maklumat tu muktabar yakni autoritinya yang adil, berlandaskan wahyu Allah dan diyakini umum. Boleh masuk Imam Muda kalau gaya macam nih.

5. Appendices

Yang ni kiranya yang paling mudah sekali. Letak lah segala gambar beserta lampiran yang ada kaitan dengan assignment. But make sure yang betul-betul ada kaitan je. Dan please, guna print colour. Kalau takat print grayscale tu, memalukan je la. Lecturer pun tak hadap dengan orang yang kedekut.

6. References

Kalau budak-budak course lain, aku tak sure lecturer depa menekankan perihal ni atau tak. Tapi kalau lecturer Fakulti Pengurusan Maklumat memang cukup menitikberatkan bahagian ni. Ada sorang lecturer yang pernah mengajar aku, katanya dia tak mau check content yang lain kalau references pun salah. Kat sini citation skill memainkan peranan yang penting ibarat seorang taiko dalam sesebuah kumpulan Yakuza di Tokyo di mana beliau ialah Drift King yang suka perlekehkan orang US yang slangnya ala-ala cowboy. Eh? Kebiasaannya ada dua format citation yakni APA dan MLA. Normally lecturer akan suruh guna format APA atas sebab yang aku sendiri pun tak tau dan mungkin tak kan tau forever and ever and ever and ever and ever *gema*. But please, make sure format, arrangement dan punctuation marks semuanya perfect. Dan pastikan ada at least lima citations yang disusun mengikut alphabetical arrangements. Pastikan.

Secara konklusinya, beruang polar tinggal di kutub utara dan penguin tinggal di kutub selatan. Jadi, lantak pi lah kat depa. Okay, report ni sangat-sangat penting. Bayangkan kalau korang buat research sehabis baik, tapi cara penyampaian melalui kertas A4 macam hampeh. Tak ke rugi kalau macam tu? Akhir kata dari minda separa matang ni, jangan ambil mudah terhadap tugasan yang dah diberi. Pour all of your heart’s content to it and mold it with wisdom that you’ve acquired from others.

Chewing gum yang sama masih lagi dikunyah berulang kali sambil ditemani lagu Leessang - Cinta Aku. Running Man 149 tak terdownload sebab line wifi macam hampeh. Sekian.

(p/s: Kalau rajin, aku publish entry tentang tips untuk presentation. KALAU rajin. Biasanya aku malas. Sentiasa malas.)

3 comments:

  1. aku x phm knpe ade certain2 org yg x buat acknowledgment dengan alasan yg bnde tu bukan lecturer baca, tp aku setakat ni x pernah tinggal agy benda alah tu even org ckp aku skemar, tp dah format, lecturer tu baca tak baca lantak kat dorang la kan. and plg x suke bila buat grouping assignment, ada member yg xnak print color, xnak beli cover transparent sebab mahal and membazir. and bila tiru dari sesuatu sumber tu memang tiru takdak paraphrase langsung. aihhhh, bila dpt mrkh rendah ckp lecturer kedekut pulak =.=' sadis !

    ReplyDelete
  2. Ade sesetengah lecturer memang tak baca, but still akan bagi markah untuk acknowledgement tu. So buat je lah, Tak rugi pun sebenarnya. Kalau aku, aku copy paste je acknowledgement daripada assignment yang dulu, pastu edit sikit-sikit. Kalau spend duit untuk masa depan, tak rugi pun. Invest sikit masa sekarang, kaut untung lebih di masa depan.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. sumpah lawwakk.. terutama sekali yg and ever and ever and ever *gema*.. tibe2 -_-
    btw thx buat tips ni.. aku langsung takdak idea apa nk buat dgn report ni.. :3

    ReplyDelete